SHOPPE

Gara-Gara Cabul Penumpang Wanita Dalam Pesawat Penerbangan!..

Share:
Gara-Gara Cabul Penumpang Wanita Dalam Pesawat Penerbangan!..

d-trim murah

Moscow – Seorang penumpang yang mabuk terpaksa diikat dengan tali pinggang keledar dan pita pelekat selepas dipukul kerana mencabul penumpang wanita di dalam sebuah penerbangan.

Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika pesawat milik syarikat Penerbangan Siberia dalam perjalanan dari Hong Kong menuju ke Vladivostok, Russia.



Ketika dalam perjalanan seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertengkar dengan seorang
penumpang selepas dia dipercayai mencabul seorang penumpang wanita.

Kerana tidak berpuas hati penumpang itu menumbuk lelaki berkenaan sehingga terjatuh di lantai. Beberapa penumpang lain kemudian menumbuk dan menyepak lelaki itu beramairamai.

Selepas dibelasah lelaki itu diikat di lantai dengan menggunakan tali pinggang keledar dan pita
pelekat. Seorang saksi memberitahu, lelaki berusia 30 tahun itu dibiarkan di lantai sehingga pesawat
mendarat.

Sementara itu, jurucakap polis Vladivostok, Ekaterina Tarasova berkata, lelaki berkenaan ditahan
selepas pesawat mendarat.

“Pesawat itu mendarat tepat pada masanya dan kejadian berkenaan tidak menyebabkan
penerbangan tergendala,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah