1. Sahar Gul
Didera kerana enggan jadi pelacur
Seorang remaja Afghanistan berusia 15 tahun diseksa dengan teruk selain dikunci dalam tandas oleh keluarga suaminya kerana enggan menjadi pelacur.
Sahar Gul berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan daripada sebuah rumah diwilayah utara Baghlan selepas seorang jiran melaporkan mendengar tangisan Sahar yang merintih kesakitan.
Keluarga mertua Sahar Gul, mencabut kuku dan rambutnya serta menguncinya di bilik air bawah tanah yang gelap selama kirakira lima bulan tanpa makanan dan minuman yang mencukupi.
2. Carolyn Bourne
Hantar email ugut menantu
Pada tahun 2011, Carolyn Bourne, didakwa telah mengirim emel kepada bakal menantunya yang ketika itu sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Dalam emel tersebut, wanita yang sudah mencecah usia 60 tahun ini mendedahkan semua keburukan calon menantunya.
Malangnya, emel yang dihantar tersalah masuk ke emel individu lain. Akhirnya emel yang dipenuhi katakata caci maki ini tersebar di internet dan Carolyn mendapat julukan sebagai 'monster-in-law'.
3. Felistus Gopoza
Paksa kahwin dengan menantu
Seorang ibu mertua bernama Felistus Gopoza dikatakan telah memaksa bekas menantu lelaki supaya berkahwin dengannya. Menurut sumber, anak perempaun Felistus bernama Rozie meninggal dunia pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, ibu yang telah berusia ini tibatiba jatuh cinta kepada bekas suami mendiang anaknya, Judah Magarasadza.
Namun, Judah langsung tidak dapat menerima bekas mertuanya sebagai keaksih. Malah, keluarga keduadua pihak turut menentang hasrat Felistus untuk berkahwin dengan bekas menantunya itu.
Demi memenuhi keinginan hati, Felistus telah menggunakan taktik kotor untuk memaksa Judah berkahwin dengannya.
4. Naseebah Bibi
Paksa menantu jadi hamba selama 13 tahun
Naseebah Bibi, bolehlah dianggap sebagai seorang ibu mertua yang sangat kejam kerana selama 13 tahun dia memperlakukan menantunya seperti anjing. Menantu malang itu bernama Nagina Akhtar.
Menurut laporan, suami dan tiga orang anak Nagina dikatakan telah berpindah dari Pakistan ke Britain untuk bekerja. Namun, Nagina terpaksa tinggal di Pakistan untuk menjaga mertuanya.
Semenjak ditinggalkan suami, Nagina dilayan seumpama hamba tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Wanita malang ini telah dipaksa melakukan kerjakerja rumah selama 24 jam tanpa henti.
Perbuatan kejam ibu mertuanya terbongkar sebaik sahaja anak Nagina datang untuk melawat ibunya.
5. Diana Reaves Costarakis
Upah pembunuh upahan bunuh menantu
Seorang nenek berusia 70 tahun sanggup menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh isteri anak lelakinya. Menurutnya, dia sanggup membunuh sendiri menantunya jika pembunuh upahan tidak mampu menamatkan riwayat isteri anak lelakinya itu.
Diana mengakui mahu membunuh menantunya apabila dia mendengar khabar angin kononnya wanita tersebut seorang pemabuk dan bakal meninggalkan anak lelakinya. Namun, perkara ini dinafikan oleh menantunya, Angela Costrakis.
Akibatnya, Diana didenda oleh mahkamah sebanyak $5,000 atas tuduhan bersubahat dengan penjenayah, namun dia hanya membayar sebanyak $1,500 dan mengatakan akan membayar bakinya selepas dia berjaya membunuh menantunya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewsbistro
No comments
Thanks For Comment !!! :)