SHOPPE

Polis Sahkan Bayi Dikerat Lapan Bahagian [Bukan Enam] Di Jitra

Share:
Polis Sahkan Bayi Dikerat Lapan Bahagian [Bukan Enam] Di Jitra



Jitra – Polis mengesahkan mayat bayi perempuan yang ditemui di Kampung Manggol dikerat pada lapan bahagian oleh ibunya sebelum dibuang dalam tangki tandas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Rahim Abdullah berkata bayi perempuan itu dikerat
menggunakan senjata tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri.




Beliau berkata setakat ini polis telah menemui enam bahagian mayat bayi itu terapung dalam tangki tandas melibatkan kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kiri dan tangan kiri.

“Tangan dan kaki kanan mayat bayi itu masih belum ditemui. Suspek melakukan perbuatan itu seorang diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu.

Beliau berkata suspek berusia 31 tahun dari Kampung Tanjung, Mukim Binjal melahirkan bayi itu
pada usia kandungan lapan bulan dalam tandas di rumah datuknya.

Abdul Rahim berkata hasil bedah siasat oleh pihak hospital mendapati bayi perempuan yang dilahirkan itu telah mati ketika dilahirkan.

Beliau berkata suspek yang juga anak tunggal keluarganya kini ditahan di Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB) Alor Setar bagi menjalani rawatan lanjut.

Katanya pihaknya juga sedang mengenalpasti teman lelaki suspek untuk siasatan lanjut. Menurutnya, suspek akan ditahan reman selepas dibenarkan keluar dari hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati anggota keluarga berada dalam keadaaan sedih
dan enggan ditemuramah oleh media.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  bulletinmedia




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah