SHOPPE

Kes CABUL Gadis VIRAL di MEDIA Sosial !!!

Share:
Kes CABUL Gadis VIRAL di MEDIA Sosial !!!


d-trim murah



#KOTA BHARU – Seorang bekas banduan mengaku tidak salah atas tuduhan mencabul, menyebabkan cedera dan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang ibu tunggal yang juga jirannya, ketika dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam.

#Tertuduh Sufian Affendy Ismail, 32, melakukan kesalahan itu terhadap wanita berusia 35 tahun tersebut di sebuah rumah di alamat Kampung Lubuk Lecong, Dendang, Ketereh, di sini, pada jam 2 petang, 1 Jun lalu.




#Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, memohon tarikh sebutan lain bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan tidak mencadangkan sebarang ikat jamin dengan hujahan mangsa menyewa di rumah ibu tertuduh yang terletak bersebelahan rumah mereka.

#“Saya mohon pengasingan untuk sementara waktu kerana mangsa adalah ibu tunggal yang tinggal di rumah itu bersama dua anaknya yang masih kecil,” katanya.

#Peguam bela tertuduh, Nik Saiful Adli Burhan bagaimanapun memohon anak guamnya dibenarkan jamin dengan alasan tertuduh baru didakwa dan belum didapati bersalah serta mangsa pula sudah tidak lagi tinggal di rumah berkenaan.




#Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin yang mendengar kedua-dua hujahan itu kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 Ogos depan. Tertuduh tidak membayar jamin.

#Berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, tertuduh sebelum itu masuk ke rumahnya dalam keadaan marah-marah dan bertanya siapa masuk ke biliknya sepanjang dia dipenjarakan kerana ada barang hilang.

#Mangsa menyatakan tidak mengetahui, tetapi tertuduh tetap tidak berpuas hati dan bertindak menumbuk, mencekik serta menyeluk tangan ke dalam baju mangsa.



Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  penhijaudaun




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah