SHOPPE

Dia Masih Raikan Ulang Tahun Perkahwinan Walaupun Mungkin Isteri Tiada Lagi Nanti

Share:
Dia Masih Raikan Ulang Tahun Perkahwinan Walaupun Mungkin Isteri Tiada Lagi Nanti



Masa anniversary aku 11hb hari tu, di dunia realiti aku dan wife tak celebrate apa apa pun sebenarnya, tak ada buat makan makan sebab tak buat rancangan pun.




Aku hanya bawa dia ke Mitsui Outlet untuk belikan kasut DocMart yang dah lama aku janji nak belikan. Itu saja. Cuma di alam maya kecoh hal puisi tu yang secara tak langsung memberi sedikit rasa 'diraikan' walaupun ianya bukan realiti yang fizikal.

Dan kelmarin, aku terlihat di wall Shahrul Rock salah seorang sahabat aku, ada beberapa gambar celebration anniversary yang sangat happening. Celebration itu meraikan pasangan Hafiz Gaban Jepun dan isterinya Laila.

Ya, kawan kawan buat kejutan meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6.
Aku rasakan Gaban dan isterinya bersama seorang anak mereka yang berumur 5 tahun sangat bertuah diraikan dengan sebegitu rupa.

Pada aku Anniversary disambut oleh kawan kawan siap buat surprise di Twenty & Co adalah sesuatu yang best dan wow!

Aku macam biasa, asal boleh nak menyibuk, aku wassap Shahrul.

"Power hangpa ni anniversary kawan pun hangpa celebrate ramai ramai"

Lama tak ada balasan, sampailah siang tadi aku dapat wassap reply siap dengan gambar Hafiz dengan isteri dia potong kek;

"Ni kawan aku, Hafiz aka Gaban Jepun nama dia. Ini sambutan ulangtahun perkahwinan ke

6 untuk dia dan isteri, dan dia masih mahu meraikan lagi untuk tahun-tahun akan datang.
Kami buat ni untuk gembirakan mereka"

Aku reply semula;

"Pehh nak gembirakan macam mana tu? aku pun gembira kalau kawan kawan celebrate woihh!"
Shahrul balas lagi;

"Untuk pengetahuan hang, isteri dia mengidap kanser advance stage. Hang pun tau kan penyakit kanser advance stage ni selalunya berakhir dengan tragedi air mata. Tapi ini jangkaan manusia, kuasa Tuhan kita tak tahu, hang doakan lah sama"

Aku terkedu terus.

Aku perhatikan semula gambar yang dia bagi, gambar yang sangat bahagia. Sepasang suami isteri bersama anak lelaki yang riang ceria. Gambar yang perfect untuk sebuah keluarga.

Namun tidak aku tahu apa perasaan mereka saat itu, sedang bertarung jiwa raga mengharung ketentuan Tuhan Yang Maha Esa.

"Kalau rakyat Malaysia boleh doakan hang, isteri dan anak anak hari tu, mungkin rakyat Malaysia juga boleh doakan isteri Hafiz, Laila ni semoga disembuhkan daripada penyakit yang boleh mengambil nyawa ni" - Shahrul sambung lagi.

Aku beristighfar dan berasa sangat sedih. Doakanlah untuk ini, Doa ini berkali ganda lebih utama mesti kita hulurkan.

Kita raikan mereka dengan doa yang baik baik semoga terus cekal tabah berhadapan ujian segetir ini.
Keluarga bahagia ini tidak minta wang ringgit, yang mereka perlukan adalah doa dari kita semua.
Semoga Anniversary ini bukan yang terakhir.

Wahai Tuhan penguasa alam, anugerahkan lah yang terbaik untuk pasangan ini dalam menempuh hari hari mendatang.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  beritapremium




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah