Pondan Pertama Jadi Majistret Mahkamah Di Kanada
OTTAWA – Kanada cipta sejarah apabila menamakan transgender sebagai majistret minggu ini di Mahkamah Perbandaran Manitoba, iaitu yang pertama daripada golongan berkenaan memegang jawatan hakim di negara itu.
Kael McKenzie, pernah menjadi peguam dan kemudian dilantik sebagai pendakwa di Winnipeg, ibu negeri Manitoba, sebelum dinamakan lewat minggu ini oleh jawatankuasa bebas pencalonan hakim tempatan.
Akhbar The Globe and Mail melaporkan, McKenzie menjadi hakim transgender pertama secara terbuka di Kanada dan pondan ketiga di benua Amerika Utara, selepas hakim di negeri California dan Texas, Amerika Syarikat.
Anggota terbaharu trio berkenaan menyifatkan pencalonan tersebut sebagai langkah penting sekali gus satu pengiktirafan pihak berkuasa terhadap kemampuan kelompok pondan.
“Bagi komuniti saya, saya rasa ia amat bermakna. Saya rasa kami (golongan pondan) sudah berjaya memecahkan siling kaca,” katanya kepada rangkaian stesen penyiaran kebangsaan, CBC News.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : beritapremium
No comments
Thanks For Comment !!! :)