SHOPPE

Ya, Saya Akan Kahwin 8 Januari Depan – Marsha Milan

Share:
Ya, Saya Akan Kahwin 8 Januari Depan – Marsha Milan

Marsha Milan Bogel


KHABAR angin yang menyatakan Marsha Milan Londoh bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Januari tahun hadapan rupa-rupanya benar belaka.




Perkara itu itu terjawab setelah tuan empunya badan yang juga merupakan bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia mengesahkan berita gembira tersebut.

 Marsha Milan Bogel


“Ya, memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan itu.

“Saya mohon doa semua agar majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar,” kata Marsha ringkas kepada Mangga Online.

Sementara itu, Marsha turut memohon agar semua pihak tidak memanjangkan sebarang spekulasi tentang majlis perkahwinannya.

Baru-baru ini, gambar kad undangan perkahwinan yang tertera nama Marsha bersama Mohamed Shaiful Nizam telah tersebar di forum Cari.

Menerusi kad tersebut, Marsha bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinannya pada tanggal 8 Januari (Jumaat) di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Difahamkan, bakal suami Marsha merupakan anak kepada pasangan VIP.

Dalam pada itu, status sama ada benar Marsha sudah memeluk agama Islam masih lagi belum diketahui. Apa pun kita doakan yang terbaik buat Marsha dan bakal suami.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah