JAKARTA – Penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Zaskia Shinta rupa-rupanya sudah menetapkan syarat tertentu untuk mana-mana lelaki termasuk suami orang yang ingin benar menikahi dirinya yang masih dara itu.
Artis yang nama asalnya iaitu Surkianih dilaporkan akhbar tempatan berpengaruh, KOMPAS pada Rabu sebagai berkata, syarat tersebut dikenakan berdasarkan kisah pengalaman pahitnya putus tunang pada 2013 lalu.
“Enggak (tidak) minta macam-macam sama calon suami saya nanti. Yang penting kepada calon suami saya nanti, saya minta dikasih (diberi) gubuk (rumah) yang cantik untuk saya dan anak-anak saya,” ujar Zaskia penuh jujur.
Gadis comel kelahiran Bekasi, wilayah Jawa Barat dan berusia 25 tahun itu mendedahkan syarat yang cukup mudah tersebut ketika ditemui KOMPAS di pejabat Nagaswara, Jalan Johar Baru, Kebon Sirih, Jakarta Pusat.
Nagaswara yang diasaskan sejak 1999 merupakan sebuah syarikat rakaman muzik ketiga terbesar di Indonesia, namun memiliki paling ramai artis hiburan selain mengendalikan stesen radio dan televisyen tempatan sendiri.
Mengulas lanjut, Zaskia yang mendapat gelaran Gotik kerana penampilan seksinya dengan aksi ‘goyang itik’ ketika menari dangdut itu mengakui syarat tersebut dikenakan kerana enggan sengsara setelah bernikah kelak.
Kata dia, kegagalan lama cukup dirasakan sewaktu pernah mahu membangunkan sebuah rumah tangga bersama-sama dengan mantan tunangannya, Vicky Prasetyo menerusi satu pengumuman bersejarah pada 2013.
“Jangan gubuk derita (rumah buruk),” ujar Zaskia merujuk kegagalan melangsungkan perkahwinan dengan Vicky susulan dibantah anak-anak calon suaminya itu yang enggan ibu mereka, Rahma dimadukan oleh bapa mereka.
Dinobatkan sebagai selebriti wanita paling seksi pada 2014 lalu, Zaskia pernah mencetuskan kontroversi kerana enggan berhijab disebabkan tuntutan kerjaya seninya waima setelah dia menunaikan ibadah umrah pada 2013.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)