Pada bulan Mei lalu, Aiman Hakim sendiri pernah menyatakan hasratnya untuk menikahi Fathia Latiff dalam masa yang terdekat namun kini hanya tinggal kenangan apabila kekasihnya itu menjelaskan status hubungan mereka ketika ini.
“Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman. Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang”
“Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami. Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan”
“Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini. Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh,” jelas Fathia kepada BH Online.
Sebelum ini, Fathia ada juga mengatakan bahawa sikap cepat merajuknya membuatkan dia putus cinta sebelum ini tapi siapa tahu mungkin mereka akan kembali bersama, sekali lagi. Apa pun, semoga Aiman dan Fathia masing-masing tabah untuk move on.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : beritapremium
No comments
Thanks For Comment !!! :)