Selepas gempar kononnya seekor orang utan betina diperkosa oleh seorang pekerja Zoo Surabaya sehingga menyebabkan haiwan itu bunting, akhirnya pihak pengurusan zoo itu tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah berita palsu.
Ia dipercayai sengaja direka oleh sebuah laman web parodi yang kerap mencetuskan berita-berita pelik dan sensasi.
Kononnya untuk meraih hits tinggi daripada pembaca di seluruh dunia.
Ketua Zoo Surabaya, Heri Purwanto tampil menafikan khabar tersebut menerusi The Jakarta Post.
“Ia memang berita rekaan tidak berasas malah kami tidak pernah ada pelihara orang utan betina yang bernama Marilyn dan pengarah zoo ini juga bukan bernama Abdoel Hakim,” ujarnya.
Sebelum ini misteri seekor Orang Utan yang diberi nama Marilyn dan tidak pernah bercampur dengan Orang Utan lain bunting telah terjawab apabila kamera litar tertutup (CCTV) merakam tindakan kejam seorang lelaki yang didakwa pekerja Zoo Surabaya telah merogol haiwan berkenaan dan beberapa Orang Utan lain.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : siakapkeli
No comments
Thanks For Comment !!! :)