PELAKON tanah air, Fazura memberitahu bahawa dia akan berkahwin sekiranya sudah cukup bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati.
Baginya, perkahwinan adalah satu tanggungjawab serta komitmen yang besar dan seorang wanita perlu bersedia dari semua aspek untuk menjadi seorang isteri.
“Kahwin ini satu komitmen, kena persiapkan diri dahulu sebelum berkahwin. Saya harap bila kahwin boleh fokus untuk bina sebuah keluarga,” katanya yang ditemui media pada Majlis Tayangan Filem Langit Cinta malam kelmarin.
Fazura mengatakan bahawa dia ingin mencapai dahulu apa yang diidamkan, barulah dia akan berfikir tentang menamatkan zaman bujangnya.
Fazura yang pertama kalinya memegang watak sebagai gadis kampung dalam filem terbaru, Langit Cinta arahan Osman Ali ternyata memberikan lakonan yang terbaik.
Filem tersebut bakal menemui peminat pada 7 Januari 2016.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)