Gara-gara ingin menduduki semula peperiksaan selepas mendapat markah rendah dalam mata pelajaran kimia, seorang gadis, Naima Shereen Mirza, 21, sanggup menipu bahawa dia dirogol sebanyak dua kali di Edinburgh.
Dia membuat dakwaan palsu itu dengan menyatakan kejadian berlaku antara pada 2012, sedangkan hakikatnya Naima berbuat demikian kerana mahu mengambil semula peperiksaan tersebut bagi membolehkannya masuk ke Universiti Strathclyde.
Penipuan itu terbongkar apabila lelaki yang didakwa merogolnya sebenarnya sudah berada dalam penjara, ketika tuduhan itu dibuat.
Susulan itu, Naima dihukum penjara selama dua tahun selepas didapati bersalah.
Menurut seorang pegawai polis yang menjalankan siasatan kes rogol itu, Naima menyembunyikan wajahnya dan berlari keluar dari bilik ketika disoal, seolah-olah ia merupakan sesuatu yang dirancang.
Selain itu, dia juga tidak menunjukkan tanda-tanda kemurungan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)