SHOPPE

Pelakon Glee Ditahan Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak

Share:
Pelakon Glee Ditahan Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak


PELAKON Mark Salling ditahan atas dakwaan memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Dia yang terkenal menerusi watak Puck dalam drama bersiri muzikal komedi Glee telah ditahan pihak Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) semalam.







Antara lakonan Mark Salling dalam Glee.

Jurucakap LAPD, Ricardo Hernandez yang mengesahkan berita tersebut kepada BuzzFeed News mendedahkan, waran untuk mengeledah rumah pelakon tersebut yang terletak di Sunland, California telah pun dikeluarkan.



Bersama barisan pelakon Glee yang lain.

Hasil siasatan dan serbuan, pihak berkuasa menemui lebih seribu keping gambar eksplotasi seksual kanak-kanak. Gambar-gambar tersebut melibatkan imej kanak-kanak yang rata-rata berumur bawah 16 tahun.

Usaha yang dilakukan pihak media bagi mendapatkan reaksi pelakon kacak ini masih belum berjaya.

Kes akan disebut semula di mahkamah, 22 Januari depan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah