SHOPPE

Akhirnya Bella Dailly Dedah Punca Penceraian Dengan Nazim Othman

Share:

Akhirnya Bella Dailly Dedah Punca Penceraian Dengan Nazim Othman


Sumber Foto : azhan.co 


Bahang hiburan tanah air minggu ini pastinya pijar seketika apabila mahligai perkahwinan antara pasangan selebriti, Nazim Othman dan Bella Dally akhirnya musnah dalam tempoh tidak sampai dua tahun.

Rentetan pengakuan terbuka Nazim, 34, berhubung perkara itu di laman Instagram baru-baru ini, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 26, juga reda dengan perkara itu sambil menyifatkan betapa Allah sebaik-baik perancang di atas apa jua yang berlaku.

Menurut Bella, semua orang termasuk keluarganya sendiri juga tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi apabila mereka akhirnya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing baru-baru ini.

“Untuk memendekkan cerita, segala-galanya tampak tidak menjadi buat kami berdua.

“Kami telah berusaha sedaya upaya dan memberikan yang terbaik untuk menyelesaikan segala-galanya, namun ia tetap tidak berhasil.

“Jadi, kami akhirnya membuat keputusan bahawa berpisah merupakan cara yang terbaik,” tulisnya di laman Instagram kelmarin.

Terdahulu, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman mengejutkan netizen apabila mengesahkan hubungannya bersama Bella sudahpun berakhir, selain mendedahkan keputusan itu juga dilakukan atas kerelaan dirinya dan Bella.

Biarpun tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut, Nazim menyifatkan segala yang berlaku berpunca daripada kekhilafan mereka sebagai manusia biasa.

Mengulas lanjut, Bella juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga, peminat dan rakan-rakan artis yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya di laman sosial.

“Sesungguhnya, Allah sememangnya sebaik-baik perancang,” tulisnya lagi.

Pasangan selebriti itu diijabkabulkan pada 10 September 2016 selepas bertunang selama setahun.

Sebelum ini, Nazim pernah mendedikasikan sebuah lagu nyanyiannya, Kerana Cinta yang ditujukan khas buat Bella apabila wanita itu tabah dan setia menemaninya ketika dia menderita sakit ketumbuhan dalam otak tidak lama dahulu.

Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Bercerai




Sumber : kosmo

#bella
#belladailly
#nazim
#nazimothman

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah