Saya Pancut Luar Je Cikgu !!!
dari ibu bapa
Seorang pelajar perempuan tingkatan 4, belajar di kelas paling depan. Rupanya cantik, berkulit putih, pandai dan aktif sukan.
Pelajar lelaki yang jugak di tingkatan 4, belajar di kelas paling belakang, sangat lemah dalam pelajaran, rupa boleh tahan dan merupakan seorang olahragawan sekolah.
Heboh satu sekolah apabila pasangan ini ditangkap sedang berdua-duaan di rumah pelajar perempuan, di dalam bilik tidurnya dalam keadaan pelajar lelaki hanya memakai seluar dalam sahaja.
Mereka ditangkap dalam lingkungan pukul 2.30 pagi. Itu pun hanya disedari setelah ibu kepada pelajar perempuan tersebut mahu ke tandas dan rasa pelik bila terdengar suara manja budak lelaki datang dari dalam bilik anak daranya.
Merah muka si emak bila buka-buka saja pintu, nampak anak perempuannya berkemban sahaja dan seorang budak lelaki berseluar dalam tanpa baju.
Kes ini terpaksa melibatkan pihak sekolah sebab ramai pelajar lain buat laporan, mereka berdua sudah berada dalam kawasan sekolah seawal 6.30 pagi.
Si emak yang faham situasi anaknya yang berada di kelas hadapan dengan banyaknya kelas tambahan, langsung tidak pernah berasa curiga apabila si anak keluar seawal 6.15 pagi dari rumah dengan alasan ada kelas tambahan pada sebelah pagi.
Bila si pelajar lelaki dipanggil berjumpa dengan guru disiplin, banyak alasan yang diberikan oleh pelajar ini. Antaranya, tidak tahan mahu kencing, jadi dia tumpang buang air kecil dalam rumah kekasihnya pada malam mereka ditangkap.
Bila didesak oleh guru disiplin, akhirnya pelajar lelaki ini mengaku dia telah ‘bersama’ dengan pelajar perempuan tersebut dan sudah empat kali mereka bersama. Astagfirullah!
Rasa mahu menjerit saja bila pelajar lelaki ni tanpa segan silu mengaku tidak menggunakan kondom sewaktu bersama.
“Saya pancut luar je cikgu,” kata pelajar lelaki ini dengan muka lurus bendul dia.
Menggigil tangan guru disiplin ini menahan perasaan marah yang amat. Baru berusia 16 tahun sudah pandai pergi sejauh itu.
Bila bercakap pula dengan pelajar perempuan, guru disiplin ini banyak kali bertegas tentang masa depan. Kalau mengandung, kalau terpaksa berhenti belajar, kalau budak lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab dan banyak lagi ‘kalau’, supaya pelajar perempuan ini boleh berfikir tentang masa depan dia.
Jawapan pelajar perempuan ini sangat menyakitkan hati.
“Saya dah kira waktu subur saya, cikgu. Saya takkan mengandung.”
Rupanya, topik pembiakan tu memang dia kaji sungguh-sungguh. Bila waktu subur, bila waktu tak subur. Kitar haid sentiasa dipantau.
Akhirnya, pihak sekolah terpaksa pindahkan mereka ke sekolah yang berlainan. Demi menjaga aib kedua-dua belah pihak.
Mujurlah pelajar perempuan itu tidak mengandung.
Ibu bapa sekalian, inilah penangan telefon. Anak gadis kita tidak lagi selamat walaupun berada di depan mata kita, di dalam rumah kita.
Bila-bila masa dan dekat mana pun dia, selagi ada telefon sendiri di tangannya, tersangat mudah untuk mana-mana lelaki mendekatinya.
Biar anak kita berkongsi telefon dengan kita. Senang untuk kita pantau dengan siapa dia ber-Whatsapp dengan siapa dia ber-WeChat. Apa Instagram Story dia, apa Facebook dia, apa yang dia muatnaik dalam Youtube dia.
Baik menyibuk dengan semua hal yang anak buat daripada kita menyesal kemudian hari. Budak-budak makin advance. Jadilah ibu bapa yg peduli.
Klip Video Budak Sekolah Kantoi Beromen
Sumber : rojak
No comments
Thanks For Comment !!! :)