Klip Video Gadis Mirip Ernisha Peserta Dewi Remaja Berbikini Tular
Selepas juara pertandingan realiti Dewi Remaja 2018/2019 , Haneesya Hanee dikecam netizen disebabkan video meneguk arak dan berhibur di kelab malam, kini perhatian mula terarah kepada dua lagi peserta Dewi Remaja yang turut sama berada dalam video tersebut.
Berikutan itu, seorang pengguna laman Twitter telah mengundang persoalan kepada netizen, adakah gadis yang memakai topi dan hanya berbikini, yang muncul dalam video tersebut adalah salah seorang peserta Dewi Remaja, Erni Nurshahira.
Thread daripada pengguna Twitter itu telah mendapat perhatian ramai, yang rata-rata terkejut dengan tingkah laku gadis sopan tersebut.
Kat Dewi Remaja pakai tutup2, sopan…
Tapi bila masuk kelab tinggal bikini je?
Bukan main seksi kau dik!
Thread tersebut telah mendapat balasan daripada beberapa pelayar Twitter yang mengiyakan, bahawa dua gadis tersebut adalah Erni Nurshahira dan Fazreen Fazera.
Pastinya video tersebut sangat mengejutkan, terutamanya apabila Ernisha dilihat tampil tidak bertudung dan hanya memakai pakaian dalam.
Video yang berdurasi 26 saat itu juga turut memaparkan Ernisha kelihatan sedang leka menari tanpa mempedulikan aksi dirinya dirakam.
Menerusi balasan twit itu lagi , rata-rata netizen mengecam Erni dan menganggap gadis tersebut bersikap hipokrit kerana membuka tudung dan berhibur dikelab malam.
Ernisha kini tak dibenarkan guna gelaran Dewi Remaja!
Setelah disahkan pihak penganjur bahawa tiga peserta Dewi Remaja yang muncul dalam video tersebut adalah benar, maka tindakan tatatertib telah dikenakan, iaitu mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Dewi Remaja.
Klip Video Gadis Mirip Ernisha Peserta Dewi Berbikini Remaja Tular
Sumber: Twitter Kak Jah Sungai Dua via oh my media
#dewiremaja
#dewiremaja2018/2019
#ernisha
#erni
#erninurshahira
No comments
Thanks For Comment !!! :)