SHOPPE

Kisah Ibu Mertua Yang Kejam Tinggalkan Harta Pada Menantu Yang Paling Di Benci

Share:

Kisah Ibu Mertua Yang Kejam Tinggalkan Harta Pada Menantu Yang Paling Di Benci


Assalamualaikum. Saya tak ada masaalah. Tapi orang2 luar yang sibuk cari masaalah dengan saya. Saya isteri anak 5. Hubungan dengan suami. keluarga mertua semua baik. Saya tinggal dengan mertua. Mertua layan saya macam orang asing.

Saya tak pernah kisah. Saya tetap buat rutin saya. Tapi kami tak pernah bertelagah. Cuma buat hal masing2. jiran2 sibuk menghasut saya. Menghasut mil supaya kami panas dan bergaduh.

Alhamdulillah kami still macam tu. Dijadikan cerita mil kena str0k dan lumpuh separuh badan. Saya uruskan makan pakai mil. Berak kencing saya cuci. Mil tetap macam tu. Sepatah tak bercakap dengan saya. Nak senyum tobat lahun la. Saya tak kisah.

Saya tetap buat apa yang sepatutnya walau ada 3 ipar puan dan 2 ipar lelaki biras2 saya langsung tak sentuh mil alasan sebab mil gemok tak larat nak angkat lantak dia oranglah.

Setelah 1 tahun saya usung mil kesana sini. Mil dijemput Allah. Tapi saya puas sebab dapat jaga dia walau dia tak layan saya seperti yang saya harap.

Masaalahnya sekarang setelah mil tiada Mil tinggalkan wasiat seluruh harta dia termasuk duit dalam bank rm500k lebih rumah kereta kebun semua atas nama saya wasiat bertulis dari peguam. peguam tu bg tahu Puan duit 500K, kebun, rumah dan kereta semua atas nama puan.

Ipar2 n biras2 semua dah meroyan macam orang hilang akal tuduh saya macam2. Sumpah saya sendiri terkejut dengan semua ni. Apa yang patut saya buat? Hingga hari ni dah masuk 10 bln mil tak ada. Saya tak usik satu senpun pusaka tersebut sebab masih keliru sekian.

Persoalan yang timbul bagaimana wasiat mampu mendidik manusia merancang berkaitan kewangan dan harta?

Definisi Wasiat.

Wasiat berasal dari kalimah arab wassa bermaksud berpesan. Kamus Dewan, edisi Keempat mentakrifkan wasiat sebagai kehendak yang penghabisan disampaikan oleh orang yang hampir meningggal atau pesanan terakhir.

Manakala dari istilah syarak menurut Mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlaku kemaatian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak.

Dari sudut perundangan Islam di Malaysia Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, wasiat ditakrifkan sebagai iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan hukum syarak, selepas dia maati.

Merujuk kepada takrif-takrif diatas jelas menunjukkan kepada kita bahawa wasiat dapat ditakrifkan kepada tiga bentuk iaitu :
  • Wasiat berbentuk harta

  • Wasiat berbentuk nasihat

  • Wasiat berbentuk pengamanahan (wasi)

Wasiat berbentuk harta

Pensyariatan Islam terhadap wasiat harta ada dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud :

“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut,jika ia meninhggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”.

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t ada berpesan yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kemaatian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kemaatian”.( Al-Ma’idah : 106 )

Kedua-dua ayat di atas menjelaskan kepada kita akan peri pentingnya merancang dalam agihan harta agar ianya menyelamatkan seseorang individu muslim dari bahaya-bahaya selepas kemaatian ke atas harta yang tidak diurus dan diagihkan dengan baik. Harta yang tidak diurus akan menyebabkan berlakukan harta beku dan tidak dapat dimanfaatkan oleh waris dan umat Islam yang lain seterusnya menjadi perkara yang sia-sia.

Dalam sepotong hadis Rasulullah s.a.w ada menyatakan yang bermaksud :
“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”. (Hadis riwayat Ibn Majah)

Manakala dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w ada memberi khabar gembira bagi yang berwasiat sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :

“Sesiapa yang maati dalam keadaan mennggalkan wasiat maka dia maati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia maati sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadah serta maati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Bagaimanakah bentuk wasiat harta yang disusun atur oleh Allah s.w.t kepada umat Islam?. Pastinya panduan dan didikan pengurusan harta ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran sebagaimana disebut dalam Surah An-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud :

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pesaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh simaati.

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibubapa (simaati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh simaati, jika simaati itu mempunyai anak.

Tetapi jika simaati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibubapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga.

Kalau pula simaati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh simaati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.

Ibubapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa diantaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pesaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat di atas mendidik umat manusia agar menyusun perancangan harta pusaka sebelum kemaatian dengan mewasiatkan 1/3 bahagian dari harta yang diperolehi ketika hayat untuk mereka yang bukan waris.

Perlaksanaan wasiat ini hendaklah dilaksanakan setelah selesai urusan berkaitan pengkebmian jnazah, pembayaran hutang piutang si maati sama ada hutang dengan Allah seperti bayaran fidyah, zakat, upah haji, nazar dan juga hutang sesame manusia.

Adapun berkaitan qadar yang boleh diwasiatkan ialah sebanyak 1/3 sahaja. Oleh itu, wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu.

Jika waris-waris bersetuju, maka wasiat lebih daripada 1/3 adalah sah, dan jika mereka tidak bersetuju maka wasiat hanya sah setakat 1/3 sahaja dalan lebihan daripada itu menjadi harta pusaka. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sa’ad Bin Abu Waqqas berkata: “Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.”

Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau mennggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau mennggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka”. ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Seksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 memperuntukkan:

“Sesuatu wasiat (bekues) yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang melebihi 1/3, hendaklah tidak boleh berkuat kuasa (tidak boleh dikuatkuasakan) sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya (melainkan jika waris-waris mempersetujuinya) selepas kemaatian pewasiat”.

Jika pewasiat tidak mempunyai waris, maka menurut pendapat mazhab Hanafi wasiat yang melebihi 1/3 harta adalah sah. Tetapi menurut pendapat jumhur, wasiat yang melebihi kadar 1/3 adalah tidak harus secara mutlak kerana ia melibatkan hak orang Islam.

Oleh sebab itu amalan dikalangan sahabat untuk manfaat yang berterusan di akhirat, mereka suka mewasiatkan harta mereka sebanyak 1/3 untuk tujuan amal jariah seperti untuk rumah anak yatim, pembinaan masjid, baitul mal dan sebagainya.

Ini dapat menjadikan harta yang diperolehi di dunia dirancang penggunaannya dengan baik untuk ganjaran berterusan di akhirat sebelum bakinya diagihkan secara faraid.

Wasiat berbentuk nasihat

Selain wasiat harta , wasiat juga boleh dibuat berbentuk nasihat. Nasihat ini jika disusun dan dirancang dengan baik oleh si maati sebelum kemaatian akan menjadi warkah terakhir atau Pesanan Terakhir yang bakal memberi kesan maksimum yang menyentuh hati dan membimbing iman waris yang ditinggalkan.

Sebagai contoh seorang bapa ketika hayatnya sering merasa tertekan melihat anak-anak yang suka bergaduh antara satu sama lain dan mennggalkan solat.

Wasiat memberi peluang yang luas bagi bapa tersebut untuk menuliskan pesanan terakhirnya buat panduan dan ingatan anak-anak yang ditinggalkan seperti “ Anak-anakku setelah ketiadaan ayah nanti, ayah berharap anak-anak semua dapat hidup dalam suasana harmoni, bahagia, saling bantu-membantu dan hormat menghormaati antara satu sama lain.

Ayah juga harapkan anak-anak dapat mendoakan ayahpada setiap waktu solat dan tidak mennggalkan ibadah solat pada setiap waktu setelah ketiadaan ayah nanti”.

Pesanan yang berupa nasihat baik biasanya agak sukar untuk diterima ketika hayat sibapa , namun amat menyentuh hati anak-anak setelah ketiadaan bapa tersebut.

Tidak mustahil wasiat sebegini dapat membimbing waris yang ditinggalkan kearah lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bahkan hukum perlaksanaan wasiat yang berbentuk nasihat agama adalah wajib dilaksanakan oleh waris kerana ia bukan sekadar wasiat si maati bahkan adalah perintah wajib daripada Allah s.w.t.

Ini menunjukkan wasiat jika dilaksanakan dengan baik mampu merancang pembinaan keluarga dan umat Islam yang lebih baik dan harmoni walaupun setelah ketiadaan si maati.

Wasiat berbentuk pengamanahan ( wasi )

Definisi wasiat ketiga ialah wasiat berbentuk pengamanahan kepada seseorang individu atau peguam untuk mentadbir dan mengurus harta pusaka melalui perlantikan wasi (pentadbir harta pusaka) . Ini boleh dilakukan oleh seorang muslim sebelum kemaatiannya yang dituliskan pengamanahan tersebut di dalam surat wasiat.

Perlantikan wasi dalam pengamalan pentadbiran harta pusaka Islam di Malaysia banyak membantu memudahkan urusan pengurusan harta pusaka kerana ianya boleh memendekkan masa, menjimatkan kos dan menyelamatkan waris dari berlakunya perselisihan faham atau pertelagahan.

Wasi yang dilantik adalah wajib melaksanakan amanah si maati untuk mengurus harta pusaka yang ditinggalkan seperti yang diamanahkan oleh si maati selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak.

Antara kewajipan seorang wasi ialah seperti mengumpulkan semua harta yang ditinggalkan oleh si maati, melunaskan hutang-hutang si maati sama ada yang telah disenaraikan oleh si maati dalam wasiatnya atau tidak, melaksanakan wasiat dan sedekah jariah, membahagikan harta sepencarian kepada pasangan si maati dan mengagihkan baki harta mengikut faraid kepada semua waris yang berhak.

Wasi adalah ditegah daripada melaksanakan arahan wasiat yang bercanggah dengan syarak seperti membahagikan harta ke tempat maksiat . Wasiat sebegini adalah haram dilaksanakan.

Kesimpulan

Wasiat adalah satu amalan yang digalakkan oleh Islam dalam mendidik manusia agar merancang harta yang diperolehi bukan sahaja harta berbentuk wang, rumah, kereta bahkan juga anak-anak, isteri, keluarga dan masyarakat yang ditinggalkan.

Perancangan secara menyeluruh dalam wasiat yang kondusif adalah strategi terbaik dalam memelihara keharmonian dan keutuhan institusi keluarga dan perpaduan masyarakat serta keteguhan ekonomi umat Islam secara menyeluruh.

Jesteru amalan ini perlu disuburkan dikalangan umat Islam melalui kesedaran dari peringkat pendidikan rendah, menengah dan golongan dewasa demi mengelakkan berlakunya permusuhan, keruntuhan institusi kekeluargaan dan kerugian sumber ekonomi yang tidak ditadbir urus dengan baik.

Perbezaan Wasiat, Faraid dan Hibbah




Sumber : layansudah

#krt
#kisahrumahtangga

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah