Tergamak Pukul Isteri Kerana Tak Make-Up
PEKALONGAN - INDONESIA. Seorang suami di Kabupaten Pekalongan, Jawa Tengah tergamak memukul isterinya hanya kerana mangsa tidak bersolek.
Pelaku dikenali sebagai Akhmad Khumaidi, 31, yang bekerja sebagai tukang jahit di Kabupaten Pekalongan, Jawa Tengah itu mengasari isterinya beberapa kali hingga menyebabkan wajahnya lebam teruk.
Kerana tidak tahan dengan perbuatan suaminya, mangsa, MA, 23, warga Kedungwuni melaporkan insiden itu kepada polis, semalam.
Menurut jurucakap polis, Iptu Akrom, wanita terbabit tidak lagi dapat berdiam diri apabila dikasari sekali lagi pada Sabtu lalu selepas dia bersama suaminya menghadiri sebuah majlis.
"Sekembalinya daripada acara itu, mangsa dimarahi pelaku atas alasan sengaja memalukannya kerana tidak pandai berhias. Lelaki itu bertindak menusuk-nusuk kunci motosikal pada lutut mangsa berulang kali.
"Bukan itu sahaja, pelaku turut memukul muka mangsa dengan topi keledar hingga menyebabkan hidungnya berdarah. Dia juga menendang kening isterinya," ujarnya.
Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kesan lebam pada kening dan kedua-dua matanya dan luka pada hidung selain luka akibat tusukan benda tumpul pada kakinya.
Susulan menerima laporan itu, tukang jahit terbabit telah ditangkap dan dia mengaku melakukan perbuatan itu kerana isterinya tidak bersolek.
"Dia kecewa dan malu," jelasnya lagi.
Atas perbuatannya itu, dia telah didakwa melakukan keganasan rumah tangga yang jika disabit bersalah boleh dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga 15 juta rupiah (RM4,400). - DetikNews
Isteri Di Luar Rumah Bersolek Tapi Di Dalam Rumah Tidak Bersolek - Ustaz Azhar Idrus Official
Sumber : FB
#krt
#kisahrumahtangga
No comments
Thanks For Comment !!! :)