SHOPPE

Badan Dibelah Dua Dah Kemaluan Dikelar Itulah Misteri Pembunuhan Black Dahlia

Share:

Badan Dibelah Dua Dah Kemaluan Dikelar Itulah Misteri Pembunuhan Black Dahlia





PASUKAN polis Los Angeles melalui titik hitam apabila menghadapi suatu kes pembunuhan yang masih belum terungkai sehinggalah ke hari ini.

mayat black dahlia dijumpai di kawasan semak,  terpotong dua!

Kes yang menjadi tabu dalam pasukan polis ini melibatkan pembunuhan ngeri  seorang wanita yang diberi jolokan, Black Dahlia.

Pada 15 Januari 1947, seorang suri rumah, Betty Bersinger menjumpai sekujur mayat wanita muda ketika sedang bersiar-siar bersama-sama anaknya yang berumur tiga tahun di kawasan lapang sebuah taman di Liemert Park, Los Angeles.

ngeri! wajah black dahlia dikelar-kelar sebelum dibunuh

kejam! kejam! kejam!

Mayat tersebut ditemui terbaring di dalam semak. Tubuhnya dikerat dua, terpisah dari bahagian pinggang tanpa seurat benang. Manakala sebahagian lagi, kedua belah tangannya diletakkan di bawah kepala seolah-olah seperti sedang beraksi dalam sesi fotografi.


Kepala mayat mendongak setinggi 45 darjah. Wajahnya dikelar-kelar dari hujung bibir hingga pipi sepanjang 5 sentimeter. Terdapat kesan lebam kelihatan pada bahagian buku lali.

Kedua belah kakinya terkangkang. Pada pergelangan tangan mangsa terdapat kesan tali dipercayai mangsa diikat dan dibelasah sebelum dibunuh. Di bahagian peha mayat kelihatan torehan jelas susunan abjad ‘BD’.

Dua detektif, Harry Hansen dan Finis Brown dikerah untuk merungkai kes ini. Bahagian Forensik bertungkus-lumus mencari bahan bukti seperti darah dan cap jari tetapi hampa. Pihak polis telah membuat andaian, mangsa telah dibunuh sebelum dicampak ke situ.


Detektif Finis Brown dan Harry Hansen dikerah menyiasat pembunuhan kejam Black Dahlia

Lebih merumitkan, struktur badan mangsa yang terbelah dua itu telah pun dicuci sebelum dihumban ke taman berkenaan.

Selain itu, polis turut membuat andaian pembunuh adalah seorang yang pakar membuat kerja-kerja pemotongan. Mangsa dibawa ke hospital dan dibedah siasat.

Mangsa dicam dan dikenali sebagai Elizabeth Short, dilahirkan pada 29 Julai 1924 di Hyde Park, Massachussette.

Black Dahlia pernah ditahan oleh jabatan polis Santa Barbara

Pada tahun 1940an, hubungan media dan polis begitu akrab. Pihak polis menggunakan bantuan alatan pembesar cap jari daripada akhbar.

Secara tidak langsung, akhbar menerima maklumat tunjang daripada pihak polis dan peluang ini dijadikan sebagai scoop berita untuk mensensasikan kes ini.

Akhbar Examiner menggunakan kelebihan ini untuk menjejaki ibu kepada Elizabeth dan mendapatkan maklumat lanjut semasa hayatnya. Untuk mengorek rahsia, pihak akhbar terlebih dahulu memberitahu ibunya yang Elizabeth baru saja memenangi peraduan ratu cantik.

Selepas ibunya selesai bercerita tentang anaknya, barulah pihak akhbar memberi perkhabaran tragis yang menimpa anak gadisnya.

Kecantikan Seks & Kekejaman. Begitulah tajuk berita yang terpampang pada dada-dada akhbar di seluruh negara keesokan harinya.

Siasatan demi siasatan dijalankan demi mencari pembunuh gadis cantik ini. Apakah motif pembunuhan?

Pihak polis masih buntu. Setelah menyiasat, barulah satu demi satu kisah Black Dahlia didedahkan.
Black Dahlia merupakan nama jolokan Elizabeth Short, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Hollywood untuk menjadi anak wayang.

Dia tinggal dengan bapanya di California bekerja sebagai pelayan. Namun selepas beberapa bulan tinggal dengan bapanya, Dahlia keluar dari rumah.

Lampu neon kota Hollywood dan tubuh yang cantik menjadikan gadis ini lupa diri. Black Dahlia mula berpelesiran dan berfoya-foya di kelab-kelab malam untuk berhibur dan menghabiskan wang jantan-jantan yang dikenalinya.

Susuk tubuhnya seakan seorang wanita yang matang dengan kulit putih mulus menjadikan gadis ini kegilaan lelaki-lelaki hidung belang di kelab-kelab malam.

Elizabeth diberi jolokan Black Dahlia kerana gadis ini dikatakan sering mengenakan busana berwarna hitam. Rambut asal yang berwarna perang juga diwarnakan hitam.

Akhirnya pada Disember 1944, Black Dahlia menghentikan tabiat playgirlnya selepas bertemu cinta dengan Matt Gordon, seorang tentera udara berpangkat Mejar.

Tetapi pada bulan Ogos 1945, ketika perang Amerika-Jepun tamat, Matt yang bertugas dilaporkan terbunuh dalam nahas kapal terbang.

Selepas kematian cintanya, Dahlia kembali menjadi semakin liar dan hilang arah tuju. Dia merancakkan semula kehidupan di kelab-kelab malam dan menghabiskan wang jantan-jantan miang di Miami.

Sasarannya, askar, ahli perniagaan, lelaki tua atau muda yang penting, mereka semua berduit. Enam bulan sebelum hari-hari terakhirnya, Black Dahlia hilang punca dalam hidupnya.

Dia masuk keluar hotel, apartmen dan bilik-bilik sewa di California. Selagi boleh menginap secara percuma, Black Dahlia akan tidur. Pernah sekali Black Dahlia tinggal di sebuah rumah bersama 12 wanita lain.

Gadis ini sering bertukar pasangan setiap malam, selain tidak mempunyai teman rapat, dia rela diusung orang-orang asing ke hulu ke hilir. Situasi ini merumitkan pihak polis membuat siasatan terhadap kematian Black Dahlia.

Lebih seribu orang disoal siasat dan berpuluh-puluh suspek di tahan, tetapi tiada satu pun yang dapat merungkaikan kes ini. Individu terakhir yang dikatakan bersama dengan Black Dahlia turut disoal siasat serta menjadi suspek utama polis.

Malangnya, tiada satu pun bukti dapat mengaitkan Robert Manley sebagai pembunuh kerana beliau hanyalah salah seorang jantan-jantan poyo yang mahu berasmara dengan Black Dahlia.

Lebih 40 anggota dikerahkan untuk membantu siasatan kes ini. Polis menyerbu beberapa buah rumah yang disyaki untuk mencari bahan bukti. Parit-parit besar, kedai dobi layan diri, tong-tong sampah digeledah namun usaha ini gagal.



nota-nota yang diposkan kepada akhbar The Examiner

Apabila kes ini seakan tidak berpenghujung, akhbar Examiner dikejutkan dengan kehadiran bungkusan yang memuatkan gambar-gambar Black Dahlia, sijil kelahirannya, kad keselamatan sosial, surat pengesahan kematian kekasihnya, Matt Gordon serta petunjuk baru – 75 nama lelaki lengkap bersama alamat. Pengirimnya, tidak diketahui.

Polis segera memanggil dan menyiasat kesemua 75 orang, namun usaha ini turut gagal serta menemui jalan buntu. Deretan nama lelaki-lelaki ini hanyalah beberapa kali saja menemui Black Dahlia. Tiada motif dapat dibuktikan untuk membawa mereka ke muka pengadilan.

Akhirnya kes Black Dahlia tiada berpenghujung. Tidak ada lagi pihak yang tampil untuk membantu siasatan melainkan beratus-ratus surat cemuhan dan usikan yang dihantar kepada jabatan polis Los Angeles.

kumpulan grindcore dari Australia

Kes Black Dahlia telah menjadi inspirasi kepada berpuluh-puluh novel, pembuat filem dan memberi inspirasi kumpulan muzik metal (Black Dahlia Murder) tetapi malangnya pembunuh Black Dahlia masih bebas sehinggalah sekarang atau mungkin juga sudah lama menemui ajalnya tanpa diadili undang-undang!

Kes Black Dahlia terus diselubungi misteri!


siapa pembunuh Black Dahlia??

Badan Dibelah Dua Dah Kemaluan Dikelar Itulah Misteri Pembunuhan Black Dahlia



Sumber : klthugs

#blackdahlia

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah