Kes Vios Dengan SUV Putih Yang Terjunam Dari Jambatan Pulau Pinang Rupa-Rupanya Ini Hubungan Mereka
Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, semalam didapati positif gan ja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan terhadapnya.
Menurutnya, polis juga sudah mengambil sampel da rah mangsa untuk mengetahui kandungan alko hol dalam badannya.
“ Pemandu Toyota Vios berkenaan kini masih mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana mengalami kecede raan di kepala, kaki dan tangan.
“ Sebelum ini, dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang, namun pengsan ketika berada di rumah dan dikejarkan ke hospital swasta,” katanya.
Dalam kejadian 2.45 pagi semalam, dua kenderaan masing-masing Toyota Vios hitam dan kenderaan utiliti sukan (SUV) putih terbabit dalam kema langan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.
Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pendandan rambut ce dera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala SUV putih itu pula berpusing beberapa kali sebelum terjunam dalam laut.
Identiti pemandu SUV itu dikenalpasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan polis 5 petang, semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu masih tidak pulang.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pemandu Toyota Vios dan SUV itu adalah rakan sejak di bangku sekolah dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari jadi di kelab di Lebuh, Chulia, Georgetown.
“Mereka berdua bersama lima lagi rakan baru selesai menyambut hari jadi dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di seberang.
“Lima lagi rakan mereka pula tinggal di bahagian pulau,” katanya. Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada mereka berlumba atau sebaliknya.
Sementara itu agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi sudah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terjunam ke dalam laut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai, semalam.
Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, aset-aset APMM, polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengesan mangsa.
Menurutnya, antara aset yang digunakan termasuk bot kilat Maritim Perak bersama 14 penyelam termasuk Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia.
“Pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong seramai sembilan orang dan Bot CN 001 dibantu Pasukan Simpanan Sukarela TLDM KD Perantau dari Pangkalan TLDM Lumut turut membantu dalam operasi ini.
“Turut terbabit ialah aset Pasukan Polis Marin iaitu Bot RH dan Bot ZABRI 1, manakala JBPM menghantar dua bot aluminium,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, operasi disambung seawal 7 pagi dan semua agensi yang terbabit diberi taklimat di Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban, sebelum operasi carilamat diteruskan.
“Sektor pencarian dibahagikan kepada empat sektor dengan kawasan pencarian merangkumi 2 batu nautika radius dari lokasi kejadian.
Selain itu, seorang saksi bebas turut memberikan maklumat dengan berkongsi rakaman video ‘dashcam’ yang memaparkan insi den berkenaan.
Video Kes Vios Dengan SUV Putih Yang Terjunam Dari Jambatan Pulau Pinang
Sumber : hmetro,rotiplanta
No comments
Thanks For Comment !!! :)