Bapa Durjana Tekup Muka Anak Berusia 3 Bulan Hingga Meninggal Dunia
Seorang bapa seharusnya menenangkan bayi mereka yang menangis namun lelaki ini malah bertindak kejam kerana tidak tahan mendengar tangisan anaknya. Insiden itu dilaporkan berlaku kelmarin di sebuah apartmen di Jakarta Utara.
Menurut Tribunnews, ketika kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Faisal Amir, 27, berniat untuk tidur sebelum tiba-tiba bayinya berusia tiga bulan menangis. Tidak mahu tidurnya terganggu, dia kemudian memukul bayinya menggunakan botol bedak dengan harapan anaknya itu akan berhenti menangis. Lagi la dia nangis sebab sakit!
Bagaimanapun, usahanya tidak berjaya dan bayinya masih berterusan menangis. Berang dengan bunyi tangisan anaknya, dia kemudian bertindak menekup muka mangsa menggunakan bantal!
Lebih teruk lagi, dia telah membiarkan muka bayinya itu ditutup dengan bantal hampir tiga jam sehingga mengakibatkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia.
Sumber: Tribunnews
“Saya cuba memberikan bantuan pernafasan tetapi anak saya tidak sedarkan diri. Dia sudah tidak bernyawa, saya pasrah,” katanya.
Ketika kejadian, difahamkan isterinya yang bekerja sebagai akauntan tiada di rumah dan hanya pulang seminggu sekali. Bayi tersebut dilaporkan dijaga oleh Faisal yang juga seorang penganggur.
Ketika disoal siasat di balai polis, Faisal akui tidak tahan mendengar tangisan tanpa henti anaknya itu ketika dia mahu tidur.
“Saya marah, saya pukul kakinya dengan botol bedak, tetapi dia masih menangis.”
“Pada masa itu ada bantal bawah kepala saya, saya tarik dan letak di wajahnya. Masa itu kepala saya tengah pening.”
Sumber: Tribunnews
Menurut Ketua Polis daerah Jakarta Utara, Kombes Pol Dwiyono, kejadian dipercayai berpunca kerana suspek mengalami tekanan hidup ekoran sudah lama tidak bekerja.
“Ada kemungkinan suspek mengalami tekanan kerana gagal mendapatkan pekerjaan. Dia juga marah kerana bayinya sering menangis. Suspek sempat memukul mangsa sebanyak tiga kali, tetapi mangsa tetap menangis sebelum dia melemparkan bantal ke muka bayi itu.”
Suspek juga dipercayai tertekan kerana isterinya jarang pulang ke rumah kerana bekerja jadi dia berkemungkinan pening menguruskan bayinya.
Kes sedang disiasat dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Itulah akibatnya bila tak kawal perasaan marah, sampai tak sedar sanggup berlaku kejam dengan anak sendiri. Menyesal pun dah tak guna.
Kes Bunuh!!! Bapa Tetak Anak Berusia 5 Tahun
Sumber : lobakmerah
No comments
Thanks For Comment !!! :)