SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Oksana Voevodina Isteri Kepada Sultan Muhammad V

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Oksana Voevodina Isteri Kepada Sultan Muhammad V


Siapa sangka, Oksana Voevodina, gadis cantik ini berjaya meluluhkan hati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang sudah melangsungkan perkahwinanan di Rusia.

Tahniah kepada gadis Russia ini. Tiba tiba sahaja nama oksana voevodina miss moscow menjadi bualan rakyat Malaysia.

Ramai yang mahu tahu lebih lanjut mengenai gadis dari Russia ini.

Selepas heboh mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina di Rusia, pada 22 November yang lalu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana bibit-bibit cinta perkenalan pasangan ini bermula.


Kali Pertama Bertemu Di Eropah

Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail.co.uk, Pengarah Pertandingan Ratu Cantik Rusia, Tatiana Andreeva, berkata pasangan itu bertemu di Eropah ketika Oksana dipilih untuk menjadi model mempromosikan jam tangan elit di sana.

” Seperti mana yang yang diketahui. Oksana merupakan seorang model dan hal ini mebuatkan beliau kerap ke luar negara untuk urusan kerja dan akhirnya dia bertemu Sultan Muhammad V 18 bulan lalu di Eropah.

“Ketika pameran jam tangan mewah itu berlangsung, Oksana ditugaskan untuk berdiri di sebelah poster dan mengiklankan barang-barang itu” – katanya

Tatiana menambah, Ibu bapa Oksana hadir di majlis perkahwinan dan sangat menyokong anak perempuan mereka dalam segala hal. Oksana memilih nama Muslim Rihana dan gambarnya berhijab telah tersebar di laman yang Twitter.


Biodata Dan Profile Lengkap Oksana Voevodina Isteri Kepada Sultan Muhammad V

Biodata penuh Oksana Voevodina – Gadis dengan senyuman cantik menawan dan merupakan seorang yang pintar ini telah memenangi pertandingan “Miss Moscow 2015” Pada tahun 2015 lalu. Pertandingan ratu cantik itu telah diadakan di sebuah teater terkenal “Nadezhda Babkina” diambil dari tajuk lagu yang terkenal di Rusia. Pada peringkat akhir pertandingan terdapat 32 peserta, tetapi Oksana melayakkan diri dan menjadi pemenang pertandingan berprestij itu.

Dalam ucapan ringkas Oksana, dia berterima kasih kepada semua yang membantunya hingga ke peringkat itu, terutama ibu bapanya. Selepas dinobat sebagai gadis paling cantik dari Moscow, dia berpeluang menyertai pertandingan ratu cantik di Rusia pada 2015. Gelaran ratu Moscow 2015 dimiliki Oksana bukan secara kebetulan, pada akhir pertandingan itu dia berjaya menambat hati para hakim dengan kecantikan dan kercerdikan yang dimiliki olehnya.

Pelajar berusia 22 tahun ini juga memiliki bentuk badan yang menawan 85-59-90, dan ketinggian 170 cm. Sebelum menyertai peraduan itu, Oksana Voevodina bekerja dengan agensi model luar negara dan agensi tempatan di Rusia. Sejak usia muda, majalah fesyen antarabangsa dihiasai dengan foto gadis cantik ini.

Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, ketika itu dia merupakan pelajar di Fakulti Perniagaan di magistracy Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia. Miss Moscow 2015 ini juga mempelajari bahasa Inggeris kerana sangat petah dalam penggunaan bahasa itu.

Selain itu, Oksana juga meminati bidang fotografi sebagai hobi, dia juga merupakan pereka bentuk pakaian dan aksesori fesyen wanita dalam sebuah agensi fesyen terkemuka.

Impian Oksana adalah untuk mencipta koleksi fesyen dengan jenamanya yang tersendiri serta bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai televisyen sebagai profesion satu hari nanti.

10 Fakta Menarik Mengenai Oksana Voevodina Miss Moscow

  • Nama penuh beliau untuk tulisan dan ejaan di Russia adalah Оксана Воеводина
  • Telah menjadi bini Agong Malaysia wife secara rasmi sejak tahun ini
  • Merupakan miss miscow 2015
  • Nama Islam beliau adalah Rihana Oxana Gorbatenko.
  • Mempunyai ketinggian sekitar 170cm sesuai dengan penglibatannya dalam bidang model
  • Umur beliau pada tahun ini adalah sekitar 25 tahun
  • Sebelum masuk pertandingan dan menang miss moscow beliau adalah merupakan seorang model yang sering bekerjasama agensi model Rusia dan juga negara luar yang lain
  • Pada usia yang muda wajah beliau sering kali terpapar di banyak majalah fesyen yang terkemuka
  • Beliau adalah merupakan graduan jurusan bisnes dari Plekhanov Russian University of Economics
  • Beliau masuk Islam pada 16 April 2018
  • Jikalau anda mahu lihat koleksi gambar gambar eksklusif beliau di profil instagram, boleh lihat sendiri IG oksana voevodina di pautan ini, https://insta-stalker.com/profile/oks_voevodina
  • Sebenarnya cita cita besar beliau dalam kerjaya adalah bergelar seorang penyampai di kaca televisyen


Gambar-Gambar Oksana Voevodina Yang Cantik












Sumber : kakitapau.com,www.hangat.com,www.brilio.net

#oksana
#oksanavoevodina
#rihana
#rihanaoxanagorbatenko




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah