Kisah Benar Suami Marah Bila Isteri Pakai Purdah
Foto hiasan
Asalamualaikum Tolong hide kan profil aku sebab ini profil kawan aku.. aku seorang bisnes man. Income sebulan cecah 12k. Aku berumur nak masuk 40an isteri aku pula nak masuk 30an.
Isteri aku seorang perempuan yang jauh lebih cantik, sopan santun menutup aurat. Dan yang paling aku suka. Isteri aku sporting. Isteri tak pernah membantah apa yang aku buat.
Isteri aku ni, walaupun cantik, dia tak suka bergaya, isteri aku suka berjubah dan bertudung labuh.
Aku selalu beri dia duit, sebulan 5k untuk shopping. Tapi dia beli jubah yang harga puluh2 je. Lebih duit tu dia simpan. Aku dah cakap beli je ape awak nak. Dia cakap dia tak tertarik dengan baju2 lain. Ya Allah ya tuhanku.
Punya banyak dress lawa2. Pun dia tak nak. Pernah sekali, aku bawa dia pergi beli dress. Bila cuba baju. Macam2 alasan nya, sempit lah, rimas lah, padal dress tu ngam sangat bila dia pakai. Sebab body bini aku kalah anak dara walaupun anak kami dah 2 orang.. isteri aku juga tak pandai make up.
Bila aku ajak dinner dengan kawan2 bisnes. Kawan2 pandang bini aku lain macam. Sampai isteri kawan aku tegur aku Katanya kalau isteri aku cukur kening dan lukis pasti lawa siap ajak isteri aku hadiri kelas make up tapi bini aku tak nak.
Katanya dia selesa begini.. Anak2 aku pula dua2 perempuan. So bini aku pakai kan anak aku tudung di usia 3 tahun. Ya Ampun min.. anak aku kecil lagi. Aku tengok anak aku rimas macam di bungkus nangka dah..
Dulu isteri aku tak macam ni min. Dulu isteri aku free hair. Rambut warna2. Pakai seksi lawa. Sekarang macam tak terurus. Sampai kawan2 aku ingat aku tak beri nafkah untuk isteri aku buat berhias.
Dan isteri aku menyatakan hasratnya untuk bepurdah aku menbantah sekeras kerasnya min Aku bukan tak suka tapi aku tak nak orang pandang serong. Isteri aku tak peduli min, dia membantah apa yang aku arahkan. Aku kecewa dengan dia.. aku tak kisah kalau dia nak pakai min. Tapi pakai dirumah saja. Kalau keluar dengan aku. Tolonglah pakai lawa2..
Kebetulan masa aku outstation. Aku terjumpa bekas teman wanita aku dulu. Masa di zaman sekolah. Bekas teman wanita aku tu. Walaupun dah nak masuk 40an tapi belum kawin. Body tetap mantap sama je body dia macam zaman2 kami bercinta dlu tak ada perubahan langsun.
Aku suka min dengan ex aku ni sebab dia pandai bergaya… aku tanya kenpa tak kawin? Katanya kecewa sebab aku tinggal kan dia dulu. Ya aku salah sebab abaikan dia. Aku terpaksa kawin dengan isteri aku atas desakan orang tua..
Selepas peristiwa tu. Aku dengan ex aku sering je wasap, kami video call. Bila isteri aku tanya wasap sape tu. Aku cakap pelanggan.. ya aku salah min. Tapi aku akung kedua2 wanita ini min. Aku nak terus terang pada isteri aku tentang perasaan aku.
Tapi aku takut dia kecewa. Jadi aku ambil keputusan untuk nikah senyap2. Kebetulan kan sekarang nikah tak perlu minta izin isteri. Aku cuma nak tanya warga krt. Siapa yang tau prosuder nak nikah sorang lagi. Aku perlu jumpa siapa. Dan apa dokumen yang diperlukan? Terima kasih admin.
Wajib Seorang Suami Suruh Isteri Pakai Tudung
Sumber : layansudah
No comments
Thanks For Comment !!! :)