SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Waheeda Wassini Isteri Kepada Akhil Hayy

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Waheeda Wassini Isteri Kepada Akhil Hayy


Tentu ramai yang merindui kemunculan penyanyi Waheeda yang pernah mencipta nama menerusi lagu Wassini.

Bukan sahaja aktif dalam bidang nyanyian, malah beliau turut melakar nama dalam dunia lakonan menerusi beberapa buah filem popular.

Sekian lama menyepi dari dunia seni, penyanyi Waheeda yang dahulu pernah popular dengan lagu Wassini kini kembali. Dia bakal tampil meneruis karya-karya baharu dengan kolaborasi artis popular tanah air.

Waheeda mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan penceramah bebas Ustaz Akhil Hayy pada tahun 2009. Semenjak itu tiada lagi terdengar tentang perkembangan seni penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu kategori Irama Malaysia ini.

Ke mana perginya Waheeda selama ini? Rupanya beliau menyudahkan kerja-kerja yang ditinggalkan suatu ketika dahulu, yakni tugas menerbitkan dan mencipta lagu.

Berikut Adalah Biodata Dan Profile Lengkap Waheeda Wassini Isteri Kepada Akhil Hayy

Norwahidah binti Abdul Wahab (lahir 23 September 1978) lebih dikenali sebagai Waheeda atau Waheeda Wassini merupakan penyanyi, pelakon, usahawan dan komposer yang popular di Malaysia.

Beliau mula menjadi fenomena dalam dunia industri hiburan menerusi lagu dendangannya yang berjudul Wassini sekitar pertengahan era milenium 2000-an.

Tambahan pula, Waheeda juga pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam festival muzik Voice of Asia pada tahun 2004 dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Perkahwinan Waheeda 

Pada 16 Ogos 2009, Waheeda telah pun mendirikan rumah tangga bersama Akhil Hayy, seorang penyanyi dan pendakwah bebas. Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor.

Album Lagu Waheeda

  • Wassini (2003)
  • Binafsha (2004)
  • Melodi Ahlan (2007)

Filem Lakonan Waheda

  • 2003 Jutawan Fakir
  • 2004 Tujuh Perhentian
  • 2004        I Know What You Did Last Raya
  • 2005 Anak Mami Kembali
  • 2006 Nana Tanjung
  • 2007 Nana Tanjung 2

Pencapaian Waheeda Dalam Dunia Seni

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH):

  • 2003 - Artis Baru Wanita Popular (Top 5).
  • 2003 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
  • 2004 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
  • 2005 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).

Anugerah Industri Muzik (AIM):

  • 2005 - Artis Baru Terbaik (Top 5).
  • 2005 - Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Binafsha (Top 5).
  • 2008 - Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Melodi Ahlan (Menang).
  • 2008 - Album Terbaik menerusi album Melodi Ahlan (Top 5).

Anugerah Juara Lagu (AJL):

  • 2003 - Juara Kategori Irama Malaysia menerusi lagu Wassini.

Anugerah Era:

  • 2003 - Artis Harapan Pilihan (Top 5).
  • 2004 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi lagu Dua Dalam Bahtera (Top 5).
  • 2005 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi tiga lagu iaitu Binafsha, Panggilan dan Kembali Bersatu (Top 8).
  • 2006 - Lagu Nasyid Pilihan menerusi lagu Satu Misteri (Top 5).
  • 2007 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi lagu Melodi Ahlan (Top 5).

Muzik Muzik TV3:

  • 2005 - Separuh Akhir Muzik Muzik 20 menerusi lagu Binafsha.
  • 2007 - Separuh Akhir Muzik Muzik 22 menerusi lagu Seteguh Cinta.

Pencapaian lain Waheeda Dalam Dunia Seni

2004 - Tempat Ketiga Festival Muzik Voice of Asia.


Gambar-Gambar Waheeda Wassini







Klip Video Wassini (Live In AJL 2003)



Sumber : rotiplanta.com,ms.wikipedia.org,iluminasi.com,bulletinmedia

#waheeda
#waheedawassini
#wassini
#akhilhayy




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah