SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019 


Dewi remaja 2018/19 telah melabuhkan tirai malam ini. Dimana dengan rasminya menobatkan Hannesya sebagai pemenang dewi remaja 2018/19. Beliau akan membawa pulang hadiah berupa rm10000 berserta trofi.

Tempat kedua telah dsandang oleh tia sarah membawa pulang rm7000 beserta trofi, manakala tempat ketiga disandang oleh shereen membawa pulang rm5000 bersera trofi, tempat keempat dimenangi oleh Anna jobling, tempat kelima dimenangi oleh Rania

Anugerah dewi favourite jatuh kepada Arena, dan anugerah dewi ispirasi dimenangi oleh Aween.

Juara Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee mendedahkan dia menerima kiriman mesej ekstrem berbaur penghinaan daripada seorang remaja perempuan.

Dedah Haneesya, remaja itu menghina warna kulitnya dan disifatkan seperti gadis Afrika.

"The recent DM yang Hanee dapat. 'Buduh hitam, macam Afrika' (budak sekolah lagi girl pula tu).

"Okay, firstly you mengeja pun tak betul.

"Secondly, why not dik hitam macam Afrika pun akak ni bangga lahai dapat kulit hitam macam Afrika ni sebab kulit hitam inilah akak boleh cari rezeki untuk family akak," kata Hanee.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek itu berdarah kacukan Melayu dan Arab.

Bukan kali pertama dibuli, pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan itu hampir putus asa apabila warna kulitnya menjadi subjek kritikan orang sekeliling hingga hampir berputus asa dalam bidang seni.


Biodata Dan Profile Lengkap Haneesya Hanee

  • Nama penuh: Sharifah Haneesya Sayed Sahlan
  • Nama popular: Haneesya Hanee
  • Tarikh Lahir: 11 Februari 2000
  • Usia:19 Tahun (2019)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Ukuran: 170cm / 60kg
  • Kelahiran: Pulau Pinang
  • Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial Haneesya Hanee 


Fakta Menarik Tentang Haneesya Hanee

1. Berdarah kacukan melayu dan arab.

2. Berketinggian 170 sentimeter.

3. Mempunyai masalah disleksia sejak kecil.

4. Sebagai seorang yang berkulit hitam dan mempunyai masalah pembelajaran, beliau sering dibuli dan diejek rakan sewaktu kecil.

5. Sejak berumur sembilan tahun, dirinya hampir berputus asa dengan dunia seni yang seolah memandang rendah kredibilitinya hanya kerana beliau berkulit gelap. Namun Haneesya dipujuk ibunya, Hasnida Hassan yang meminta agar dirinya terus kuat.

6. Sejak berumur sembilan tahun juga, dia telah membintangi teater Siti Di Alam Fantasi dan Lat Kampung Boy yang berlangsung di Istana Budaya, dan karier seninya berterusan semenjak itu.

7. Menjadikan aktres Nabila Huda yang berkulit gelap sebagai ikon untuk mencapai kejayaan dalam dunia hiburan.

8. Ingin mengubah mentaliti masyarakat agar tidak menjadikan warna kulit sebagai ukuran, sebaliknya bakat.

9. Pernah menolak tawaran untuk mempromosikan produk pemutih kulit kerana menyedari kesan buruknya terhadap kesihatan manusia dan dalam masa yang sama, beliau enggan menipu para pengguna lain.

10. Bakatnya dalam bidang peragaan dikesan sewaktu menghadiri ujibakat pencarian Stailista Top Model oleh pereka fesyen tempatan, Hafiz Carlston dan Mier Azril.

11. Bercita-cita mencipta nama di persada antarabangsa.

12. Pada awal tahun 2018, beliau menjadi tular di laman Twitter kerana memuat naik status yang menyeru agar semua bangsa Melayu berhenti meletakkan tanggapan kononnya wanita cantik hanyalah mereka yang berkulit putih. Meskipun dikecam segelintir netizen, namun doktor viral, Dr. Amalina Bakri tampil menyatakan sokongan terhadapnya dengan menegaskan, "Setiap individu cantik dengan caranya yang tersendiri".

13. Haneesya semakin dikenali selepas membintangi drama bersiri berjudul 'Cik Reen Encik Ngok Ngek' yang sedang rancak ditayangkan di saluran Astro Ria, bersiaran sebanyak 20 episod.

14. Terkini, Haneesya Hanee inobatkan sebagai juara dewi remaja 2018/19. Beliau membawa pulang hadiah berupa rm10000 berserta trofi.

Foto Terkini Haneesya Hanee Yang Hot












Video Saat-Saat Kemenangan Haneesya Hanee




Sumber :iluminasi.com,www.remaja.my,layansudah.comlayansudah.com,instagram Haneesya Hanee 

#hanee
#haneesya
#haneesyahanee
#syarifahhaneesya

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah