Gambar cek ini diperolehi di laman sosial dan ia sedang viral ketika ini ekoran kelucuan gaya bahasa yang digunakan.
Jelas, pemilik cek berkenaan merupakan seorang berbangsa Cina tetapi mungkin tidak berapa arif dalam menulis jumlah wang dalam bentuk perkataan sehingga terjadilah sebegitu.
“Tua ribu enam ratus sembilan bulu ringgit tika bulu sen sahaja,” menurut perkataan yang tertulis di cek berkenaan.
Inilah kali pertama penulis bertemu dan melihat sekeping cek ditulis dengan gaya penulisan sebegitu.
Dek kerana kesilapan menulis jumlah wang itu, cek itu terus menjadi bahan gelak ketawa di media sosial.
Menurut sumber yang bertugas di bank, biasanya cek sebegitu tidak akan diterima oleh pihak bank dan ia sepatutnya menggunakan gaya bahasa yang betul di ruangan jumlah dalam perkataan itu. Lihatlah tulisan pada cek dibawah ini.. :-)
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : eberita
No comments
Thanks For Comment !!! :)