SEORANG pemimpin Kultus Mao berusia 75 tahun dituduh mencabul pengikut wanitanya dan menggunakan anak sendiri untuk memuaskan nafsu selama lebih dari 30 tahun, di selatan London.
Dalam satu laporan di The Star Online, pendakwaraya British berkata Aravindan Balakrishnan menggunakan kekerasan fizikal dan mental untuk mengekalkan wanita dalam Kultus di bawah kawalannya.
Mangsa-mangsanya terpaksa menjalani hidup dalam keganasan, ketakutan, pengasingan serta dipaksa melakukan perbuatan seksual tanpa kerelaan.
Anak perempuannya sendiri, yang dilahirkan oleh salah seorang ahli Kultus telah dipenjarakan di dalam rumah dan tidak dibenarkan untuk pergi ke sekolah, bermain dengan rakan-rakan atau berjumpa doktor.
Anak perempuannya itu akhirnya melarikan diri ketika dia berusia 30 tahun dan didapati menghidap penyakit kencing manis.
Balakrishnan menafikan kesemua 16 tuduhan termasuk kekejaman terhadap kanak-kanak, penahanan salah, serangan tidak bermoral dan rogol.
Balakrishnan adalah pemimpin kumpulan Komunis sekitar tahun 1970 di selatan London yang menarik pengikutnya dengan karisma yang dimiliki, kononnya untuk tujuan revolusi dunia.
Kementerian Dalam Negeri London mengesahkan, Balakrishnan terlibat dalam “aktiviti yang memudaratkan keselamatan” selepas dia dikenalpasti sebagai puak radikal yang berkait rapat dengan Eurocommunists.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)