SHOPPE

Pesakit Kanser Kahwin Boneka Seks Elak Sakiti Wanita

Share:
Pesakit Kanser Kahwin Boneka Seks Elak Sakiti Wanita


BEIJING — Seorang penghidap barah peringkat kritikal mengahwini boneka seks sebelum ajalnya tiba. Lelaki China itu dikatakan enggan berkahwin dengan manusia sebenar kerana takut menyakiti pasangannya jika dia meninggal dunia kelak.




Pesakit berasal dari Beijing itu turut ingin merasai sesi foto perkahwinannya dengan boneka seks tersebut sebelum dia mati, malah meminta jurusolek mendandani patung pengantin wanita itu seumpama sebuah perkahwinan yang sebenar.

Menurut stesen tempatan, China Central Television (CCTV), foto-fotonya menjadi viral menerusi internet itu menunjukkan lelaki tersebut tampak bahagia bersama boneka yang sudah disolek begitu cantik bahkan dia siap berdansa lagi.


Pesakit berusia 28 tahun ini tidak didedahkan namanya, namun menurut netizen China, lelaki tersebut memang mengidap penyakit kanser yang boleh mematikan dirinya dalam masa terdekat dan tiada harapan sembuh seperti biasa lagi.

“Beberapa pengguna media sosial di China mendedahkan bahawa dia itu benar-benar menghidap barah maut. Namun untuk tidak menyakiti perasaan orang, dia memilih untuk berkahwin dengan boneka seks,” demikian laporan CCTV.

Jurugambar yang merakamkan kedua-dua pengantin ini ‘mempertahankan’ upacara perkahwinan aneh itu waima tidak bersetuju tindakan pesakit tersebut mengahwini boneka sebagai isu peribadi pelanggannya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah