SHOPPE

“Whatsapp Kantoi” Lelaki Ganggu Teman Wanita Orang

Share:
“Whatsapp Kantoi” Lelaki Ganggu Teman Wanita Orang


‘PRINTSCREEN’ perbualan WhatsApp seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai tentera di Singapura bersama seorang perempuan kini tersebar luas di Facebook.

Dalam perbualan itu, lelaki tersebut dilihat meminta seorang wanita keluar bersamanya walaupun sudah diberitahu bahawa dia mempunyai teman lelaki.

Lelaki itu kemudiannya memberitahu dia tidak peduli sama ada wanita itu mempunyai teman lelaki atau tidak dan mendedahkan, dia juga tidak kisah mengenali wanita lebih tua.




Apabila diberitahu bahawa teman lelaki akan membunuhnya jika mendapat tahu perkara itu, lelaki tersebut kelihatan yakin menyatakan “saya tidak takut sama sekali”.

Ternyata, lelaki itu bernasib malang apabila dia sebenarnya sedang berbual dengan teman lelaki wanita berkenaan sejak dari awal perbualan lagi.

Akibatnya, lelaki itu dimarahi kerana berani mengganggu wanita yang sudah berpunya selain menerima amaran supaya tidak menunjukkan mukanya di mana-mana.








All Singapore Stuff bagaimanapun melaporkan, wanita yang didakwa pemilik perbualan Whatsapp berkenaan mengatakan bahawa teman lelakinya tidak ada kena mengena dan mereka menjadi mangsa gangguan di media sosial.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah