ALHAMDULILLAH… Nampaknya pelakon Syatilla Melvin, 24; juga sudah mengikut jejak langkah beberapa selebriti wanita lain yang memilih untuk berhijab.
Dalam pada itu, pelakon yang sering dikaitkan dengan Shaheizy Sam ini memberitahu, keputusannya bertudung sejak dua minggu lalu itu tiada kena mengena dengan perancangan untuk berkahwin.
Sebaliknya, menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, penghijrahannya itu adalah kehendak sendiri kerana mahu berubah menjadi Muslimah yang sempurna.
“Saya tahu orang akan bertanya dan menganggap keputusan bertudung ini kerana ada perancangan untuk berkahwin, namun saya jelaskan di sini ia bukan sebab itu.
“Ia bukan atas desakan mana-mana pihak, niat itu datang dari hati saya ketika berada di kampung dua minggu lalu.
“Tentang memasuki alam rumah tangga, saya memang sudah bersedia, namun jodoh sahaja belum sampai, saya masih berdoa dipercepatkan jodoh,” katanya kepada mStar Online.
Atas penghijrahannya itu, Syatilla dia mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran drama yang menginginkan penampilan lamanya namun percaya rezeki yang telah ditentukan Allah kepadanya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)