SHOPPE

Akhirnya Terjawab Kenapa Suami Selalu Asyik Pelok Saya Dengan Manja!!!

Share:

Akhirnya Terjawab Kenapa Suami Selalu Asyik Pelok Saya Dengan Manja!!!



Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya setelah membaca kisah SUAMIKU DYSLEX1A.

Saya dan suami berumur 34 tahun, berkenalan semasa di universiti dan mendirikan rumahtangga hampir 9 tahun. Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki yang berumur 7 dan 1 tahun.

Selama ini saya merasakan hidup saya cukup lengkap dengan adanya kerjaya yang stabil, keluarga yang bahagia, rumah, kereta dan semua perbelanjaan alhamdulillah sentiasa cukup.

Sehinggalah pada Mac 2018, Allah uji kami sekeluarga dengan ujian yang saya tidak pasti mampu hadapi atau tidak.

Suami saya didiagnos menghidap pnyakit Retinitis Pigment0sa atau disebut RP. RP ni adalah pnyakit genetik, walaupun mak dan ayah suami tiada pnyakit ini.

Suami sendiri tidak pasti dia mendapat pnyakit ini daripada siapa. RP adalah sejenis pnyakit mata yang boleh menyebabkan kebutaann.

Dalam retina mata dia, ada pigmen atau tompok-tompok hitam di sekeliling retina menyebabkan medan penglihatan menjadi kecil, semakin mengecil setiap hari dan akhirnya menjadi buta.

Suami didiagnos menghidap pnyakit ini pada 2018 setelah pemeriksaan penuh dilakukan sebelum menjalani pemb3dahan lasik.

Doktor menyatakan bahawa lasik tidak akan dapat menyelesaikan masalah mata suami kerana RP sememangnya tiada ubat buat masa ini.

Pada awal perkahwinan, saya perasan suami kerap sepak barang atau apa sahaja benda yang berada di atas lantai di kawasan laluannya. Sama juga dia selalu langgar kaki kerusi, kaki meja, langgar orang bila di tempat awam dan banyak lagi la.

Suami juga akan menggenggam erat tangan saya atau memeluk bahu saya sekiranya kami keluar pada waktu malam, katanya kurang nampak.

Pernah juga dia jatuh longkang dan jatuh tangga kerana menjangkakan anak tangga telah habis tapi sebenarnya masih ada. Perkara ni selalu terjadi dan saya cuma ingat dia memang tidak perasan sahaja.

Dia juga beberapa kali terlanggar kereta orang ketika keluar parking, keluar dari simpang dan hampir-hampir melanggar orang yang hendak melintas jalan raya.

Saya memang ingat dia tidak perasan saja. Sehinggalah suatu hari pada tahun 2018 selepas dia berlanggar dengan bas mini ketika hendak keluar dari simpang,

Dia nekad untuk melakukan pembedahan lasik kerana menjangkakan masalah rabun silau yang semakin teruk.

Kami pun melakukan temujanji dan pergi berdua melakukan semua ujian yang diminta. Setelah itu, doktor memanggil kami masuk dan menceritakan hal yang sebenar. Gelap seketika dunia saya ketika itu.

Kami tidak banyak bercakap, mungkin masing-masing masih belum dapat hadam apa yang doktor sampaikan. Doktor meminta kami untuk datang melakukan pemeriksaan selanjutkan pada petang hari.

Kami pun balik ke hotel tengahari itu, solat jamak dan menangis bersama-sama selepas itu. Kami terlalu sedih dengan berita yang baru kami dengar. Kami berehat seketika dan kembali ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor menjangkakan suami akan kehilangan penglihatan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Medan penglihatan suami pada ketika itu cuma tinggal 10 percent sahaja (Untuk kita yang normal, medan penglihatan kita adalah sebanyak 180 percent).

Bertambah gelita dunia saya rasakan. Suami saya akan buta?

Macam mana penerimaan dia? Macam mana dia mahu meneruskan kehidupan?

Macam mana dengan kerjaya dia? Macam mana dengan saya? Macam mana dengan anak kami?

Terlalu banyak yang bermain di fikiran saya ketika itu.

Doktor menyatakan peratusan untuk penyakit ini menurun kepada anak kami adalah 50/50. Ujian cuma boleh dibuat setelah dia berumur 7 tahun ke atas (masa ni anak kami baru 5 tahun).

Doktor menyarankan agar suami tidak lagi memandu kereta, mengikuti kursus mobiliti dan memohon kad OKU.

Kini 2 tahun setengah telah berlalu. Bila saya tanyakan suami, macam mana penglihatan abang sekarang?

Katanya, kalau dia tengok muka orang, dia hanya nampak muka sahaja. Yang lain-lain tu cuma nampak kabur. Dia juga tidak memandu lagi sejak didiagnos dan menjadi pengguna grab tegar sehingga kini.

Kami menjalani hari-hari seperti biasa. Cuma saya lebih peka, barang-barang tidak lagi bersepah di lantai atau tengah-tengah rumah. Jarang sangat keluar waktu malam. Kalau dia perlu keluar, dia akan bawa saya sekali.

Bermula waktu senja, penglihatan dia memang sangat terhad. Even di dalam rumah, di bawah lampu, dia sudah tidak boleh membezakan warna. Dia cuma nampak warna yang gelap dan terang sahaja.

Saya sedih bila mengingatkan hal ini. Semakin hari, penglihatan dia semakin berkurang. Tapi saya lihat dia sangat tabah. Kalau saya, tidak tahulah macam mana saya boleh hadapi semua itu.

Minta maaf agak panjang coretan saya. Saya cuma ingin berkongsi resah hati ini. Doakan saya dan suami diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Doakan juga anak-anak saya tidak mendapat penyakit ini. Merekalah kekuatan saya sehingga kini.

Terima kasih sudi membaca sehingga habis. Semoga semua pembaca sentiasa dalam lindungan dan redha Allah hendaknya. Aamiin…


– Saya Isteri Dia (Bukan nama sebenar)


Reaksi warganet.


Rohaizah Abwahab – Semoga puan sabar dan redha dgn ujian ini. Suami puan sangat2 memerlukan puan dlm kehidupannya. Akak kenal seorang guru yg mengalami masalah ini. Isterinya seorang suri rumah tapi mempunyai kelulusan. Si isteri yg membantu suami membuat ran. pengajaran , menghantar dan mengambil suami dari sekolah, menguruskan anak2 dll. Disamping itu dia juga mengambil upah menjahit.


Yg akak kagum mereka berdua sentiasa ceria. Si suami juga kelakar orangnya dan sering buat lawak dgn keadaannya itu. Suami seorang guru yg baik dan berdedikasi. Nampak mereka redha dgn ujian itu. Akak doakan semoga puan dan suami juga diberi kekuatan sedemikian dan dipermudahkan segala urusan.


Nazima Ali – Semoga Puan dan suami redha dengan ujian Allah.. Insya Allah, bila redha, ujian ini akan menjadi asbab Allah naik kan darjat Puan dan suami.. Boleh hubungi Malaysian Association of Blindness. Banyak aktiviti, bidang kerja yg boleh explore. Hilang penglihatan tetapi badan masih sihat, insya Allah boleh berdikari. Cuma perlukan family support Dan Allah akan permudahkan.


Norhayati Baharom – Semoga puan tabah menghadapi dugaan ini. Saya sgt2 memahami perasaan puan confessor, kerana saya sendiri adalah penghidap RP. Pertama kali di diagnose penyakit ini pada tahun 2015, barulah saya faham kenapa semenjak dr zaman kanak2, saya sering tersepak barang di bawah dan terhantuk di kepala serta penglihatan malam yg sgt lemah.


Saya ingatkan saya yg cuai, rupanya ada penyakit sebegini. Sama seperti suami confessor, pernah jg beberapa kali eksiden kerana kegagalan mata melihat dgn cekap. Sekarang pengelihatan saya masih agak baik, dan hanya memandu ketika terdesak sahaja.


Ye, penyakit ini menyebabkan pergerakan agak terhad, perlu sgt berhati2 di tempat ramai org, terlanggar, tersenggol itu biasa. Sebenarnya byk lg perkara yg tidak diingini sering berlaku. Setakat ini, 4 org ank saya tidak menunjukkan simptom penyakit ini.


Alhamdulillah. Kepada confessor, semoga tabah menghadapi ujian ini dan berdoalah semoga anak2 puan tidak menghidap penyakit ini.


Nurul Asyikin – Semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga. Saya faham sangat2 puan sebab pernah melaluinya. Tapi bezanya saya di tempat suami puan. Didiagnos retinal detachment semasa mengandung anak ke 3 tahun 2016. Penglihatan terhad sangat2.


Saya terus ke GMC n doktor terus tetapkan pembedahan walaupun mengandung. Pembedahan full under GA. Lepas sedar pegang perut risaukan baby. Alhamdulilah sekarang masih boleh melihat. Sebelah kiri kalau tengok hfon hampak cahaya sahaja. Harapkan belah kanan sahaja. Saya doakan puan sekeluarga terus kuat.


Asyikin Hasan – Saya memahami keadaan suami confessor dengan medan penglihatan yang terhad dan pelbagai kesukaran sebagai pesakit RP. Di negara2 maju sudah ada research perubatan yang sedang giat dijalankan. Insyaallah kita berharap akan ada medical research breakthrough for RP.


Keadaan akan lagi bertambah teruk sekiranya pesakit RP ada penyakit kencing manis/drah tinggi yg tidak terkawal. Jd kena jaga betul2 gula dan tekanan drah. Sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat2 sangat2 membantu. Jgn sedih kalau orang tak paham pasal keadaan kita. X semua org faham siap marah ada lg pun ada.disease progression varies from person to person. kena tgk profile pesakit mcm mn. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga.


Anisa – Dlam hidup kadang ada perkara yang terjadi diluar jangkaan kita. Tapi percayalah, yg memberikan ujian adalah Allah. Yang memberikan bahagia juga adalah Allah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang berlaku. Semoga diberikan kemudahan dan kekuatan buat puan sekeluarga menjalani ujian ini. Allah yuftah alaikum.

Sumber: IIUMC


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah