KEJI!!! GARA-GARA ONAR DENGAN GADIS TEMPATAN BERUSIA 14 TAHUN, PENJUAL AISKRIM WARGA ASING INI DIBELASAH OLEH ORANG RAMAI
Kepala Batas: Polis menahan lelaki warga Pakistan semalam selepas dia dipercayai mencabul seorang remaja perempuan ketika sedang menjual aiskrim kepada mangsa dan adiknya di Taman Seri Indah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 14 tahun bersama adik perempuannya berusia enam tahun membeli aiskrim yang dijual lelaki berusia 25 tahun di hadapan rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa menahan motosikal dinaiki suspek untuk membeli aiskrim.
“Ketika mangsa sedang melihat aiskrim di dalam tong ais secara tiba-tiba suspek memegang bahu mangsa hingga menyebabkan mangsa terkejut dan mengundur ke belakang.
“Suspek kemudiannya memberi aiskrim seperti yang diingini adik mangsa dan ketika mangsa ingin membayar, suspek bertindak memegang tangan mangsa lalu cuba menciumnya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan terus berlari masuk ke kawasan rumahnya dan menutup pintu pagar.
“Suspek masih berada di hadapan rumah mangsa dengan menunjukkan wang sambil memanggil mangsa supaya datang kepadanya sebelum beredar.
“Mangsa menceritakan insiden itu kepada keluarganya dan semalam apabila suspek keluar menjual aiskrim di kawasan itu pada jam 4.30 petang, dia dipukul orang awam yang marah dengan perbuatan suspek mencabul remaja perempuan terbabit.
“Kejadian itu dimaklumkan kepada polis dan sebaik tiba di lokasi mendapati suspek cedera di pukul di bahagian mulut,” katanya.
Noorzainy berkata, suspek dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Imigresen 1959 kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi dua minit 33 saat di media sosial berhubung seorang lelaki warga asing dipercayai dipukul oleh seorang lelaki warga tempatan susulan tindakannya mencabul seorang remaja perempuan.
Noorzainy berkata, polis meminta supaya orang awam tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat setempat.
“Polis juga meminta kerjasama dengan tidak menyebarkan video klip itu berikutan suspek sudah ditahan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.
Sumber:Hmetro,Awatttsyeikhh
No comments
Thanks For Comment !!! :)