SHOPPE

Lelaki Hina Raja Melayu Dicari Polis Gara-Gara Videonya Tular Di Media Sosial

Share:

Lelaki Hina Raja Melayu Dicari Polis Gara-Gara Videonya Tular Di Media Sosial



Biadap dan kurang ajar! Ini yang patut disebut untuk lelaki berbangsa India ini. Dia telah memuat naik satu video dimana dia luahkan ketidak puashatian terhadap kerajaan sekarang.


Melalui suatu video yang berdurasi 1:32 saat, seorang lelaki keturunan India, telah membuat suatu video dan di dalam video tersebut, lelaki tersebut telah membuat pernyataan seperti yang berikut;


“ Kalau saya dapat Perdana Menteri, 4 hari cukup, 4 hari cukup.  Satu, terbang semua topi-topi Raja Melayu. Tak perlu ada Raja-Raja lagi. Kasi buat 100% negara demokrasi. Tak perlu kita ada Raja Malaysia, makan gaji tiada kerja, tax dia orang makan, tax rakyat juga”.


Laporan polis telah dibuat terhadap lelaki tersebut kerana mengh1na Raja Raja dalam Malaysia.


Polis siasat lelaki datangkan kebencian, hiina raja, kerajaan

KERTAS siasatan dibuka terhadap Ganesparan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan. FOTO Ihsan Polis

Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kenyataan menghasut membabitkan seorang lelaki menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, video berdurasi satu minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut (untuk menanam kebencian) terhadap raja dan kerajaan.


POLIS SUDAH KENAL LELAKI TERSEBUT

“Kami mengenal pasti sebagai Ganesparan Nadaraja berusia 38 tahun yang beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban di Negeri Sembilan.


“Siasatan dilakukan mendapati lelaki itu kini berada di luar negara sejak November 2017, malah suspek turut dikehendaki untuk tiga kes lain berkaitan ugutan dan hasutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghin4an terhadap mana-mana raja atau kerajaan.


“Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.


“Kami akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah