SHOPPE

Gila!!!! Selamba Ahli Parlimen Ni Cium Payudara Pasangan Ketika Telesidang Parlimen

Share:

Gila!!!! Selamba Ahli Parlimen Ni Cium Payudara Pasangan Ketika Telesidang Parlimen



Buenos Aires: Seorang Ahli Parlimen Argentina digantung lima hari daripada persidangan itu selepas mencium payudara pasangannya ketika sesi telesidang parlimen berlangsung, semalam.


Juan Emilios Ameri, 47, melakukan perbuatan itu ketika seorang Ahli Parlimen lain sedang memberi ucapan dengan rakaman berkenaan turut ditayang di layar besar yang dipasang di bangunan parlimen.


Beliau yang mewakili Salta di Timur Laut Argentina dilihat menarik baju T wanita yang duduk di sisinya dan memegang payudara sebelum menciumnya.


Sesi parlimen itu jelas terganggu, kemudian segera ditangguhkan oleh Speaker Sergio Massa.


"Sepanjang Parlimen bersidang menerusi telesidang sejak beberapa bulan lalu, kita menyaksikan pelbagai insiden yang mana ada (ahli) yang tidur atau menyorok, tetapi hari ini kita berhadapan situasi yang sudah melampaui batas," kata Massa.


Ameri cuba meminta maaf dan berkata, tidak sedar bahawa perbuatannya sempat disiarkan, memandangkan gangguan internet yang kerap berlaku di kawasan tempat tinggalnya.


"Di sini capaian internet teruk. Pasangan saya keluar dari bilik air dan saya bertanya mengenai implan yang baru dipasang kerana dia melakukan pembedahan itu 10 hari lalu," katanya


Sumber :hmetro.com.my


Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah