SHOPPE

Selepas Kantoi Video Lucah Dengan Ariel Peterpan Luna Maya Mengaku Ingin Mati

Share:

Selepas Kantoi Video Lucah Dengan Ariel Peterpan Luna Maya Mengaku Ingin Mati



Nama pelakon Luna Maya dan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel sempat menggemparkan industri hiburan sekaligus menjadi tajuk utama di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2010 kerana kontroversi video lucah mereka.


Kejadian yang memalukan itu telah membuat kerjaya kedua dua selebriti ini merudum. Ariel yang kini membina karier bersama band baharunya, NOAH malah sempat disumbat ke dalam penjara kerana video lucah bersama Luna Maya yang pada waktu itu merupakan kekasihnya.


10 tahun telah berlalu, akhirnya Luna Maya yang sebelum ini akan mengelak untuk bercakap mengenai insiden hitam itu akhirnya terbuka untuk mengungkapkan perasaannya mengenai kejadian tersebut.


Pelakon filem Jakarta Undercover itu mengaku terlalu malu untuk membuka kembali cerita lama yang hampir memusnahkan kehidupannya.





“Saya ingat lagi enam bulan pertama, satu tahun pertama sangat berat untuk saya.


“Bukan setahun, tapi tiga bulan pertama ya. Berat dan sangat sulit untuk saya,” kata Luna Maya saat berborak dalam YouTube milik Eko Patrio.


Kata Luna, hal itu juga adalah salah satu memori kelam yang pernah terjadi di kehidupannya sehingga terfikir untuk membunuh diri.



“Waktu itu rasanya macam nak mati,” kata Luna lagi.


Dia memanjangkan perbualan dengan mengatakan keinginan untuk mati bukan kerana berasa putus asa terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Namun kerana tak tahan dibuli dan dihina masyarakat.


“Sebenarnya saya bukan rasa nak mati sebab putus asa, tapi kerana tak tahan dibuli dan dihina.


“Sebab saya fikir kalau semua orang sudah tidak suka dan hanya tahu menghina saya, mengapa perlu saya hidup lagi? Lebih baik mati supaya semua orang tenang,” akuinya.


Namun kini dia sudah berani menghadapi kehidupannya dan mengambil pelajaran daripada apa yang telah berlaku.




Sumber :Gempak,Medianes


#lunamaya

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah