SHOPPE

MISTIK BURUNG CENDERAWASIH

Share:

 MISTIK BURUNG CENDERAWASIH

Telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk , ada mengisahkan tentang seekor burung yang diberi nama burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali Allah. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘ariel‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih ini .

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih . Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. .

Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama , sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejakkan kakinya ke bumi. Namun  yang memnambahkan lagi misterinya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain kerana bangkai burung cenderawasih ini tidak mereput.Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian yang dijalankan secara saintifik, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China . Bagi kalangan penduduk Eropah dan masyarakat Barat, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.

Secara faktanya dan jika dikira dari kajian mengenai burung ini, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapati hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), di wilayah Indonesia sahaja. Namun yang peliknya tentang suatu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah orang yang beruntung. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Berdasarkan pendapat ramai orang yang telah ditemui yang menggunakan bulu burung cenderawasih sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung dan sebarangan burung. Penuh dengan keunikan, misteri, mistik, keajaiban ciptaan Allah s.w.t yang masih tidak dapat dirungkaikan.

credit : WARISAN PAHLAWAN MELAYU,KELAB PENCINTA HANTU MALAYSIA



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah