SHOPPE

Suami Belasah Isteri Kerana Cemburu Buta

Share:

Suami Belasah Isteri Kerana Cemburu Buta



Kulim: Seorang wanita cedera di mulut dan bengkak muka selepas ditumbuk serta dipukul dengan besi oleh suaminya yang cemburu buta.


Mangsa berusia 45 tahun yang turut cedera di belakang badan, diperlakukan demikian di rumahnya di sini pada 5.50 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, mangsa yang dalam kesakitan kemudian menunggang motosikal untuk membuat laporan polis.


"Susulan laporan itu, suami mangsa yang berusia 48 tahun diberkas di rumah mereka pada 6.40 petang untuk membantu siasatan.


"Suspek dipercayai memukul mangsa dengan tangan dan besi. Pemeriksaan di sekitar rumah, menemui satu besi panjang dipercayai senjata digunakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Azhar berkata, mangsa mengaku ini bukan kali pertama dia dipukul suami, sebaliknya sudah banyak kali berikutan lelaki itu kuat cemburu.


Untuk itu katanya, suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 326A Kanun Keseksaan.


"Mangsa dirawat di Hospital Kulim dan menerima enam jahitan di bibir akibat kejadian itu," katanya.

Sumber : hmetro.com.my


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah