SHOPPE

Keji Lelaki Ini Mengaku Rogol Anak Saudara Berusia 6 Tahun

Share:

Keji Lelaki Ini Mengaku Rogol Anak Saudara Berusia 6 Tahun



Ayer Keroh: Pesara tentera dipenjara 13 tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak saudara perempuannya ketika berusia enam tahun pada 2013.


Hakim Norma Ismail menetapkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 48 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Mengikut pertuduhan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, tertuduh didapati merogol anak saudaranya yang ketika itu berumur enam tahun di rumahnya pada jam 2 petang, awal Disember 2013.


Tertuduh didapati bersalah bagi pertuduhan kedua yang mana dia dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii pada jam 2.10 petang, di tempat dan tarikh sama.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat.


Tertuduh pertama kali didakwa di mahkamah pada 25 Mei 2015 lalu selepas perbuatan terkutuknya itu terbongkar apabila ibu bapa mangsa menyedari perubahan karakter anak perempuan mereka.


Mangsa dikatakan sering bertindak agresif dengan menekup muka adik lelakinya dengan bantal sebelum memaklumkan dirinya pernah diperlakukan sedemikian oleh bapa saudara yang seterusnya membawa kepada pembongkaran kejadian berkenaan.


Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim memohon hukuman berat diberikan dengan mengambil kira umur mangsa yang baru enam tahun ketika kejadian selain hubungan mereka yang mempunyai pertalian saudara.


Hujahnya, sehingga kini, mangsa yang sudah berusia 13 tahun masih fobia dengan kejadian terbabit dan disahkan mengalami gangguan stres pasca trauma (PTSD).


Norma pada penghakimannya kemudian menetapkan hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan bermula hari ini.


Seramai 18 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan dikemukakan sepanjang prosiding berlangsung sejak 26 Mei 2015.


Tertuduh diwakili Peguam, N Gunalan.



Sumber : hmetro.com.my



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah