SHOPPE

Inilah Khasiat Kunyit Hitam Yang Ramai Orang Tak Tahu

Share:


Inilah Khasiat Kunyit Hitam Yang Ramai Orang Tak Tahu



Nama saintifik bagi kunyit hitam ialah Kaempferia pariflora merupakan herba yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Di sebabkan khasiat kunyit hitam untuk kesihatan terlalu banyak, masyarakat tempatan secra tradisional menggunakannya untuk masalah berkaitan dengan kanser saraf, membina otot, mengurangkan migrain dan sebagainya.


Terdapat banyak khasiat kunyit hitam yang tidak diketahui umum, tidak hairanlah ia banyak digunakan dalam perubatan tradisional dimana didakwa terdapat 30 komponen atau kandungan penting didalamnya iaitu pati minyak (97.5%) dan komponen lain seperti Camphor (28.3%), Ocemene (8.2%), ar-tumerone (12.5%), ar-cucurmene (6.8%) dan banyak lagi.


Bagaimana pun kegunaan utama komponen dari kunyit hitam adalah untuk bahan mandian membersihkan badan dimana sejak dulu lagi telah popular dalam ‘Turkish Bath’. Walau pun kita di Malaysia agak kurang menanam dan mengenali kunyit jenis ini tetapi ramai orang yang memang mencari benihnya untuk ditanam bagi tujuan perubatan.


Kandungan bioaktif methoxyflavon dalam kunyit sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi membantu mengurangkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan kronik.


Berikut adalah khasiat kunyit hitam untuk kesihatan:

1. Awet Muda

Ramai orang tentunya mahu muda walaupun sudah berumur diatas 30 tahun, Untuk kelihatan muda individu bukan sahaja perlu menjaga kesIhatan kulit dengan baik.bahkan kesihatan dalam juga perlu dijaga

Kunyit hitam mengandung zat antioksidan yang tinggi, kandungan antioksidan memiliki peranan penting dalam melambatkan proses penuaan pada tubuh. Kunyit hitam juga mengandungi kandungan anti-penuaan yang tinggi dan dapat membantu meremajakan kulit, menghilangkan sel-sel mati dan memperbaiki penampilan kecacatan, kedutan, dan bintik-bintik umur dengan berkesan dari kehidupan anda. Dengan khasiat kunyit hitam ini ia dapat membantu anda kelihatan lebih muda dari umur anda sebenar WOW!

Khasiat kunyit hitam juga dapat membantu kesihatan kulit, serta membuat kulit lebih anjal dan lembab.


2. Kanser

Kanser sudah umum diketahui merupakan masalah kesihatan yang sangat susah untuk sembuh. Cara terbaik menangani dan melawan kanser yaitu mengesan gejala awal kanser pada tubuh badan.

Hasilnya, zat antioksidan yang ada dalam kunyit yang berfungsi untuk mengelak kanser lebih tinggi dibandingkan kunyit mangga.

Hasil penelitian menyebutkan kandungan senvawa fenolik di dalam kunyit hitam terbukti mempunyai kesan biologis yang kuat. Fenol berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh, meluaskan pembuluh darah dan membantu mengurangkan pertumbuhan sel kanker di dalam tubuh.

Kadungan antioksidan di dalam kunyit hitam juga mampu memberikan khasiat untuk pengubatan masalah jantung dan stroke. Ekstrak dan kunyit hitam (curcuma caesia) mengandung antioksidan semulajadi dan tidak menyebabkan kesan samping pada tubuh yang merbahayakan.


3. Meningkatkan Tenaga

 Antara salah satu khasiat kesihatan kunyit hitam yang tidak diketahui ramai dan paling tidak dapat disangkal adalah kebolehannya untuk menambah tahap tenaga.

Ia telah lama dikenali di kalangan atlet sukan untuk meningkatkan tenaga semasa latihan dan jugak pertandigan.

Ia dapat meningkatkan jumlah pengambilan oksigen dalam badan dan meningkatkan penghasilan tenaga selular, dengan itu memberi rangsangan tambahan untuk orang yang memerlukan banyak tenaga terutama golongan atlet dan jugal orang yang berkerja berat.

Kebiasaannya Individu yang mengalami masalah kekurangan tenagaga akan akan mengalami keletihan melampau. Minum herba kunyit hitam atau kapsul kunyit hitam secara rutin, ia dapat masalah ini dengan lebih baik.


4. Kulit Gatal

Penyebab terjadinya gatal-gatal pada kulit akibat bakteria yang menyerang kulit, demikian juga keadaan cuaca yang panas dan kurang baik boleh menyebabkan timbulnya rasa sangat gatal pada kulit.

Khasiat di dalam Kunyit hitam mampu dimanfaatkan untuk membantu masalah kulit gatal. Dimana di dalam kunyit hitam memiliki kandungan yang bersifat anti-bakteria yang bermanfaat untuk kulit gatal. Khasiat kunyit hitam ini juga mampu untuk melawan keradangan pada kulit dengan berkesan.


5. Melancarkan Haid

Seorang wanita yang mengalami haid yang kerap merasa tersiksa ketika muncul gejala sakit perut yang luar biasa. Bahan semulajadi kunyit menjadi salah satu bahan yang boleh dimanfaatkan untuk melancarkan haid.

Khasiat kunyit hitam mampu menormalkan jumlah darah yang keluar ketika haid, mengawal haid, menghindari warna darah menstruasi yang tidak normal, dan masalah pre-menstrual syndrome (PMS) seperti perut kembung.


6. Meningkatkan keinginan seksual

Kunyit hitam meningkatkan fungsi seksual untuk golongan lelaki. Sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai keinginan seksual yang rendah telah bertambah baik selepas mengamalkan makan kunyit hitam setiap hari dalam hidup mereka.


7. Melindungi Kesihatan Jantung

Penyelidikan mengenai kesan kunyit hitam telah menghasilkan banyak hasil menarik, terutamanya berkaitan dengan kesihatan kardiovaskular. Satu kajian menunjukkan bahawa pesakit yang diberikan suplemen kunyit hitam, secara ketara kurang berkemungkinan mengalami kegagalan jantung. Ini disebabkan terutamanya oleh ciri-ciri anti-radang dan antispasmodik herba yang boleh mencegah aritmia jantung dan komplikasi lain.



Untuk Maklumat Lajut Sila Klik Link Dibawah


KLIK DISINI


Sumber : mardiblackg

#kunyit #kunyithitam



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah