Kisah Benar!!!...Atok Dari Neraka
Hai semua semoga korang dalam keadaan yang sihat. Azlin.. Sahabat baik aku dulu. Masa tu Azlin 15 tahun dan tak bersekolah dah dan aku pulak tingkatan 1. Mak dan ayah aku bercerai, mak kahwin dengan pakcik Lokman. Pak cik Lokman seorang duda dan juga tokei ikan besar kat pasar basah dekat dengan rumah aku. Dari sini mula aku kenal Azlin. Harap korang baca sampai habis cerita supaya tak jatuhkan judge sendri..
Azlin jiran aku selang tiga biji rumah. Azlin ada 6 orang adik beradik. Semua bapa lain-lain. Cik Anie, mak Azlin kerja pelayan kelab malam. Iwan 12 tahun, Shikin 10 tahun, Aus 5 tahun, dan baby Damia. Semua adik-adik Azlin tak bersekolah. Mereka tinggal kat situ dengan atok mereka (ayah Cik Anie).
Azlin ni dulu dia tinggal dengan ayah dia lepas Cik Anie dan ayah dia bercerai. Tapi sebab ayah Azlin nak kahwin lagi, dia halau Azlin duduk rumah Cik Anie. Terus tak dengar dah berita pasal ayah Azlin sejak hari tu. Azlin pun dah tak sekolah sejak duduk rumah Cik Anie.
Azlin ni sayang sangat adik-adik dia walau ayah tak sama semua. Baby Damia tu ayah dia janji nak kahwin dengan Cik Anie lepas bersalin. Sudahnye lelaki tu hilang ke mana. Siapa yang kena jaga baby Damia? Azlin dan Shikin lah.
Satu hari, Azlin ajak aku pergi kedai runcit Mak Piah lepas aku balik dari sekolah. Aku nampak dia ambil satu tin sardin dan secupak beras. Lepas tu dia ajak aku lari. “Weh kau nak mencuri ke Lin!”. “Dah jom lari, adik-adik aku kat rumah semua dah menangis kelaparan”.
Sebab aku ni badan besar, jadi Mak Piah tak nampak yang Azlin masukkan sardin dan beras tadi dalam baju dia. Kami lari sekuat hati. Sampai je rumah azlin, baby Damia tengah menangis sekuat hati. Lapar susu. Dia baru 6 bulan. Teruk Shikin kena marah dengan Azlin. Shikin bancuh susu pekat manis bagi dekat baby Damia.
Azlin masak sardin dan beras tadi panggil semua adik-adik dia makan. Aku takde perasaan lagi masa tu. Tapi aku tak suka kawan aku mencuri. Tiap pagi pakcik Lokman akan hantar ikan kat rumah untuk Kak Long (anak sulung Pakcik Lokman, tingkatan 5) masak tengahari nanti lepas dia balik sekolah. Aku nekad balik sekolah tu nak balik jalan laju-laju dari Kak Long. Aku nak ambil ikan dua ekor bagi pada Azlin. Tak perlu lah dia mencuri lagi.
Tapi seminggu lepas tu, Kak Long dapat tahu rupanya aku yang ambil ikan-ikan tu patutlah lauk selalu tak cukup bila mak dan pakcik Lokman nak balik makan. Teruk aku kena marah dengan mak dan pakcik Lokman. Mereka tak bagi aku kawan dengan Azlin. Pakcik Lokman kata, mak Azlin tu perempuan j****g. Patutlah semua jiran-jiran tak pernah pun nak ambil tahu hal Azlin dan adik-adik dia kadang dua hari tak makan.
Mak Azlin jarang balik. Balik seminggu sekali. Kadang balik bawa lelaki asing tidur sama dalam bilik. Atok Azlin pulak memang tak boleh harap. Balik untuk mandi dan tidur je. Walau kena marah, aku tetap kawan dengan Azlin. Dia jujur dengan aku. Dia tak pernah hina aku gemuk atau hitam, macam orang lain selalu ejek aku. Dia tak pernah ajak aku mengumpat orang lain.
Satu hari tu, dia kata nak jalan dengan aku pergi sekolah. Sampai dekat simpang nak masuk sekolah aku. Aku belok kiri, Azlin belok kanan. Pergi kawasan sunyi kat rumah-rumah kedai. Aku fikir mungkin dia nak pergi pasar basah kot beli makanan untuk adik-adik dia. Tapi mana dia ada duit?
Balik sekolah aku tengok dia dah siap masak semua. Aku tanya mana kau dapat duit ni Lin? Azlin senyum je. Setiap pagi lepas tu, dia akan buat benda yang sama. Pergi kawasan rumah kedai tu. Pakai baju singlet kecik dan skirt pendek. Baru aku tahu. Azlin ke lorong-lorong sunyi tu tunggu abang-abang kilang habis kerja syif malam. Azlin akan layan mereka dan bagi mereka pegang-pegang Azlin dengan kadar bayaran yang Azlin tetapkan.
Aku tambah sedih. Apa lagi Lin kau nak korbankan untuk adik-adik kau? Ada satu hari tu, Azlin pesan kat aku dia akan balik tengah malam. Mintak tengokkan adik-adik dia kat rumah bila aku lalu balik sekolah nanti. Aku masuk rumah Azlin aku dengar Shikin tengah menangis sambil tidurkan baby Damia. “Shikin, kenapa kau menangis ni? Iwan mana? Aus?”. Shikin diam dan sorokkan muka dia ke tilam sambil sambung menangis dan tepuk baby Damia.
Rupanya hari Azlin takde tu, Atok rgol Shikin! Patutlah aku nampak Atok jalan tak cukup tanah kuar dari rumah bila aku bagi salam nak masuk. Aku beritahu Azlin esoknya. Azlin terus menangis. Rupanya dia pun pernah jadi manggsa rgol Atok! Atok ugut kalau beritahu Cik Anie, atok akan bnuh mereka semua. Baby Damia dan Aus dulu Atok akan bnuh.
Azlin… Kenapa nasib kau macam ni, sahabat? Apa lagi yang akan jadi? Banyak sangat dah kau tanggung dengan usia baru 15 tahun. Jiran-jiran memang tak pernah peduli dengan mereka. Mereka kata keluarga Azlin ni jijik sebabkan pekerjaan Cik Anie tu. Anak-anak mereka pun tak boleh bermain dengan Iwan, Shikin, & Aus.
Aku selalu jalan-jalan petang dengan Azlin. Lalu sebelah sekolah, ada budak-budak lelaki jerit panggil Azlin pelcur. Aku memang marah dan ajak budak-budak tu bergaduh. Tapi Azlin tak bagi. Biarlah orang nak kata apa. Mereka tak ada di tempat Azlin. Mereka tak faham.
Mak dan pakcik Lokman tahu aku masih berkawan baik dengan Azlin. Mak telefon ayah aku dan mintak aku pindah sekolah dan duduk dengan ayah masa tingkatan 2.
Aku berpisah dari Azlin. Kali terakhir aku dengar cerita mereka, Atok mti kena bnuh dalam rumah tu. Rumah tu pun dah kena sita dengan polis. Azlin dah kahwin masa umur 18 tahun, kena tangkap basah dan ada anak dua orang. Iwan pulak hilang entah ke mana. Shikin, Aus, dan baby Damia, ada orang ambil buat anak angkat. Cik Anie? Pun senyap. Dengarnya dah lari jauh kahwin dengan orang seberang.
Aku rindu kau, Azlin. Aku doakan kau baik-baik je Lin. Kau bahagia dengan suami dan anak-anak kau. Kau hidup senang boleh jaga dan ambil semula adik-adik kau. Aku hormat kau Lin. Kau tak sama macam kawan-kawan lain yang aku kenal, yang hidup senang semua ibu bapa mereka tanggung.
Kepada jiran-jiran dan yang pernah hina Azlin. Kau tak pernah tahu susah payah yang Azlin tanggung dan beban dia kena hadap kat rumah. Semoga kita sentiasa doakan yang terbaik untuk semua orang, tak kira siapa mereka.
Maaf ini memang kisah benar, pengalaman aku berbelas tahun dulu. Walau sekarang aku dah hampir umur 30 tahun. Aku tetap akan ingat Azlin dan adik-adik dia. Semoga kau bahagia dan sihat sentiasa, Lin via kisah rakyat.
Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam
No comments
Thanks For Comment !!! :)