SHOPPE

Hitam Itu Menawan Ini Buktinya…

Share:
Hitam Itu Menawan Ini Buktinya…


HITAM-HITAM setampuk manis, biarpun hitam dipandang manis.




Itulah perumpamaan yang sering diungkapkan untuk menggambarkan tentang keistimewaan individu yang memiliki kulit gelap atau hitam.

Khoudia Diop berasal dari Senegal, sebuah negara di benua Afrika, mencetuskan fenomena tersendiri apabila viral menerusi laman sosial kerana memiliki kulit hitam yang unik dan berkilat.



Kemunculan Diop dalam arena peragaan sekali gus menepis dakwaan bahawa model yang berkulit putih sahaja konon diklasifikasi sebagai cantik dan menawan.

Diop mula mendapat perhatian dunia selepas menjadi model untuk sebuah kempen dan fotonya yang dirakamkan oleh seorang jurugambar didedahkan kepada tatapan umum.

Disebabkan warna kulitnya yang berbeza daripada wanita kulit hitam yang lain, Diop menjadi topik hangat netizen yang memujinya memiliki kecantikan semula jadi.


Keunikan yang dimiliki membolehkan dirinya berdiri sebaris dengan model-model antarabangsa yang memiliki warna kulit jauh lebih cerah darinya.

Meskipun pernah dikeji dan dibuli suatu ketika dahulu kerana warna kulit berbeza namun dia tidak ambil peduli segala cemuhan yang dilemparkan sebaliknya percaya dengan kelebihan yang ada pada dirinya.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah