SHOPPE

Guru Berang Tunjuk Kemaluan Kerana Jiran Membuat Bising

Share:
Guru Berang Tunjuk Kemaluan Kerana Jiran Membuat Bising


GARA-GARA berang dengan jiran yang membuat bising, seorang guru sambilan menunjukkan kemaluan semasa bertengkar di pangsapuri Teratai Mewah, Setapak, baru-baru ini.

Sebuah portal berita melaporkan, lelaki berusia 40-an itu ‘naik angin’ selepas mendapati jiran tingkat atas rumahnya membuat bising.




Difahamkan, lelaki yang hanya memakai seluar pendek paras lutut itu menyerang dengan bersenjatakan pisau pemotong daging dan besi sebelum membuka seluar dan menunjukkan alat sulitnya.

Bagaimanapun, jiran tersebut mendakwa tidak membuat sebarang aktiviti yang mendatangkan bunyi bising kerana sedang menonton televisyen.

Video pertengkaran berlaku dalam tempoh beberapa minit itu sempat dirakam oleh jiran sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang mengesahkan laporan berkata suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

*Video di bawah sekadar hiasan – bukan kejadian di atas




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah