SHOPPE

Sebagai Tanda Cinta Wanita Ini Hasilkan Mural

Share:
Sebagai Tanda Cinta Wanita Ini Hasilkan Mural



KALAU sudah jatuh cinta, segala-galanya indah. Sebab cinta, manusia sanggup buat apa sahaja. Kerana cinta, manusia hilang pertimbangan.




Perasaan itulah yang melanda seorang wanita dari China dikenali sebagai Lingling (bukan nama sebenar) sanggup menghabiskan masa selama dua bulan menghasilkan sebuah mural lelaki pujaannya.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, lukisan berukuran tujuh meter tinggi itu dihasilkan pada ketinggian 200 meter dari permukaan tanah di Taman Negara Xianju, wilayah Zhejiang.


Mural lelaki pujaan yang hanya dikenali sebagai ‘33Liuyun’ merupakan seorang pendaki yang terkenal di daerahnya.

Difahamkan mural tersebut bukanlah yang pertama dihasilkan oleh Lingling di kawasan tumpuan orang ramai. Sebelum ini, dia pernah menghasilkan mural lelaki pujaannya itu di sebuah dinding tandas awam.

Meskipun memiliki perasaan yang mendalam terhadap lelaki itu, namun cintanya bertepuk sebelah tangan kerana ’33Liuyun’ tidak memberikan sebarang reaksi terhadapnya.


“Saya sangat menyukainya tetapi dia tidak pernah memberikan sebarang respon kepada saya,” ujar Lingling kepada stesen radio FM93.

Tambah malang lagi buat Lingling apabila muralnya itu disifatkan sebagai satu bentuk vandalisme terhadap kawasan tumpuan pelancong dan pihak taman tersebut memintanya untuk memadamkan karya ‘agungnya’ itu.

“Bagi saya lukisan itu adalah sebuah kenang-kenangan tentang dia dan jika pihak setempat meminta saya untuk membersihkannya, saya akan lakukannya,” jelasnya.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah