Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Nafisah Salleh, 23, yang baru bernikah pada 16 September lalu dan menghitung hari untuk majlis persandingan bulan depan, ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah berkenaan oleh ibunya, Faziah Abdullah, 56, yang datang menghantar bubur caca diminta arwah sebelum itu.
Difahamkan, majlis persandingan pihak perempuan bakal diadakan 8 Disember depan manakala di pihak lelaki pula dua hari kemudian.
Suami arwah, Mohd Syafirul Salleh, 23, ketika dihubungi berkata, dia dan isterinya lebih sebulan tinggal di rumah sewa itu selepas berpindah dari rumah ibu bapa masing-masing beberapa hari selepas majlis akad nikah.
Katanya, ketika kejadian, isterinya bersendirian di rumah kerana dia keluar bekerja di sebuah bank di Gurun sebelum ibu mentua menghubunginya dan memaklumkan arwah pengsan di rumah.
Coretan Terakhir Nafisah Salleh
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : eberita
No comments
Thanks For Comment !!! :)