SHOPPE

Leher Berbirat Gara-Gara ‘Jerat’ Gara-Gara Dawai Penyamun

Share:
Leher Berbirat Gara-Gara ‘Jerat’ Gara-Gara Dawai Penyamun


AWAS! Sila berhati-hati… Semua penunggang motosikal kini perlu lebih berwaspada ketika melalui Lebuhraya Shah Alam (KESAS).




Ini berikutan, taktik pemasangan ‘jerat’ dawai bertujuan mencederakan mangsa sebelum dirompak berjaya dikesan di laluan motosikal.

Bagaimanapun, taktik sekumpulan perompak itu gagal kerana ‘jerat’ itu terkena pada leher seorang anggota peronda Lebuhraya KESAS.

Ketika kejadian 5.35 pagi semalam, mangsa yang berbirat di leher dikatakan sedang bertugas melakukan rondaan rutin bersendirian di lorong motosikal di Kilometer 49.7, lebuh raya berkenaan dari arah Kuala Lumpur.

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Gambar mangsa yang cedera dan jerat dawai itu turut menjadi viral menerusi laman Facebook.

Susulan insiden itu, penunggang motosikal dibenarkan menggunakan laluan utama dari jam 11.00 malam hingga 6.00 pagi atas tujuan keselamatan.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah