Demi Tutup Malu Kahwin Dengan Saudara Sedarah |Kes sumbang mahram amat kerap kali berlaku,dan bilangan kes rogol yang melibatkan ahli keluarga sendiri memiliki peningkatan di negara ini.
Tentu hal ini berlaku di sebabkan adanya kesempatan selain daripada kurangnya pengawasan orang tua.
Oleh Muna Liza Ismail Baitus Solehah
Semalam (21 Oktober), saya mendapat panggilan telefon permohonan masuk dua remaja berumur 13 tahun untuk mendaftar masuk kerana telah mengandung lapan bulan. Berbakul istigfar dan termenung sejenak. Kenapa di usia yang muda telah menjadi ibu?
Kedua-duanya adalah kes sumbang mahram. Tinggal serumah, adik tidak keluar rumah pun, yang di dalam rumah pula rupanya ‘pemangsa’. Kepada siapa lagi mangsa mahu mohon berlindung apabila abang kandung sendiri sanggup memperkosa adiknya berkali-kali sehingga mengandung. Si ibu pula enggan melaporkan kejadian itu kepada polis kerana bimbang si abang ditangkap.
Satu kes lagi, bapa saudara yang sepatutnya melindungi anak saudaranya pula menjadi remaja itu seperti ‘isterinya’. Bertahun-tahun menduda, apabila anak kepada adik perempuan meningkat remaja, tambahan pula mereka tinggal bersama kerana menemankan anak perempuannya, anak saudara pula dijadikan mangsa.
Tiada yang berani melaporkan kes itu kepada polis. Anak saudara pun tidak bekerjasama dengan polis dalam membuat laporan dan asyik menuduh orang lain pula kerana mangsa tidak mahu bapa saudaranya ditangkap, atas dasar kasihan.
Selama ini bapa saudaralah yang menyara dia dan menyediakan tempat tinggal setelah ibu kandung mangsa menghalaunya kerana anak ini jenis lembam.
Kejam sungguh manusia-manusia yang telah hilang pertimbangan akal.
Yang lebih sadis, dalam kedua-dua kes di atas, pihak keluarga berniat mahu mengahwinkan pasangan zina ini demi menutup malu. Ibu bapa remaja mahu menikahkan abang dengan adik. Datuk dan nenek mahu menikahkan anak saudara dengan bapa saudara.
Sejauh itukah kejahilan ummah di dalam hal agama? Ingat ini zaman Nabi Adam boleh bernikah sesama saudara sendiri?
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : eberita
No comments
Thanks For Comment !!! :)