SHOPPE

Pemandu Teksi Melarikan Diri Setelah Maki Hamun Anggota SPAD

Share:
Pemandu Teksi Melarikan Diri Setelah Maki Hamun Anggota SPAD



Kuala Lumpur: Tidak sekadar menghambur kata-kata kesat malah seorang pemandu teksi turut nekad memecut melarikan diri sejurus ditahan untuk pemeriksaan oleh penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).




Kejadian dikatakan berlaku sebaik teksi membawa empat penumpang warga Sri Lanka itu ditahan pihak berkuasa kerana tidak menggunakan meter tambang di Jalan Petaling di sini, jam 7.30 petang kelmarin.

Jurucakap SPAD berkata, pihaknya sebelum itu melakukan penyamaran sebelum teksi berkenaan menurunkan penumpang di lokasi kejadian.

“Kami mendapati lampu pada bahagian atas teksi atau dikenali sebagai ‘jambul’ tidak bernyala kerana pemandunya tidak memasang meter tambang ketika membawa penumpang.

“Kami kemudiannya menahan teksi itu dan membuat pemeriksaan terhadap pemandu serta penumpang warga asing terbabit.

“Bagaimanapun, pemandu teksi itu mengeluarkan kata- kata kesat dan mendakwa tidak mempunyai masa melayan kami sebelum memecut melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pemandu teksi itu bertindak melarikan diri dalam keadaan pintu hadapan sebelah penumpang masih terbuka.

“Berdasarkan soal siasat terhadap penumpang, mereka menaiki teksi berkenaan dari Hotel Soleil, Jalan Cangkat, Bukit Bintang menuju ke Jalan Petaling di sini, dengan kadar bayaran RM50,” katanya.- Harian Metro




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah