SHOPPE

Khalil Rafati Dari Penagih Dadah Kini Jadi Jutawan

Share:
Khalil Rafati Dari Penagih Dadah Kini Jadi Jutawan



KIRA-KIRA 30 tahun yang lalu, Khalil Rafati hanyalah seorang penagih dadah dan gelandangan yang menetap di Los Angeles.




Kini, Khalil telah menjadi jutawan dan mempunyai rangkaian kedai jus SunLife Organics dengan pelanggannya termasuklah pelakon David Duchovny serta anggota kumpulan Red Hot Chili Peppers, Anthony Kiedis.

Khalil dilahirkan di Ohio, berpindah ke Los Angeles untuk melupakan kenangan pahit menjadi mangsa penderaan seks.

Dia kemudiannya memulakan perniagaan penjualan kereta dengan antara pelanggannya ialah Elizabeth Taylor, pemain gitar Guns N’ Roses, Slash dan pelakon Jeff Bridges.


Namun pada masa sama dia juga menjual dadah dan pada satu malam, dia telah mencuba heroin dan sejak itu Khalil menjadi penagih.

Pada 2003, akibat ketagihan itu, Khalil telah menjadi gelandangan dan telah ditangkap.

Sejak itu dia mula menyedari akan kehidupan gelap itu dan akhirnya dia nekad memperbaiki dirinya. Dengan bantuan kawannya yang memperkenalkan jus minuman sihat, Khalil mula membuat jus berkenaan untuk kakitangan dan pesakit di pusat pemulihan Riviera, iaitu pusat pemulihan di mana dia mendapat rawatan.

Sejak itu, Khalil tahu dia perlu membuka kedai SunLife Organics yang membekalkan minuman sihat terutama kepada gelandangan dan bekas penagih dadah sepertinya.

Dengan bantuan $50,000 wang yang disimpan dalam bentuk syiling emas dia membuka kedai terbabit.

Kini Khalil mempunyai enam kedai dan menyediakan 32 jenis jus, protein shakes, kopi dan yogurt beku.

Semua pengalaman pahit manis itu dimuatkannya dalam memoirnya yang bertajuk I Forgot To Die.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah