SHOPPE

Video Mudah Jer Warga Asing Pecah Masuk Rumah Orang

Share:
Video Mudah Jer Warga Asing Pecah Masuk Rumah Orang



KUALA LUMPUR – Satu rakaman litar tertutup (CCTV ) berjaya membongkarkan kegiatan tiga orang warga asing memecah masuk sebuah rumah di ibu negara.




Menerusi perkongsian video di laman Facebook Friends Of PDRM,  kelihatan seorang warga asing sedang menaiki tangga, diikuti seorang rakannya yang sedang menggalas sebuah beg berwarna hitam.

Tiba di hadapan sebuah rumah, mereka mengeluarkan sebuah pemotong besi sementara seorang lagi rakan subahat mereka tiba di lantai sama.

Warga asing itu kemudiannya memotong mangga pada gril rumah itu sambil rakan-rakan subahatnya memerhati keadaan sekeliling.

Kelihatan amat senang apabila mereka dengan mudahnya dapat bolos masuk ke rumah itu selepas berjaya memotong mangga tersebut.

Perkongsian rakaman video itu mendapat perhatian daripada netizen yang terkejut kerana warga asing pun sudah berani memecah masuk rumah dengan mudah.

Selain itu, seorang netizen berkongsi pengetahuannya mengenai warga asing Vietnam yang sering memecah masuk kedai yang terdapat di sini.

Susulan itu, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati ketika meninggalkan rumah tanpa pengawasan sesiapa.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah