Seorang lelaki bertindak menyerang isterinya dengan seorang lelaki yang dipercayai kekasih gelapnya selepas terserempak dengan mereka berhampiran dengan tempat kerja lelaki itu.
Suami yang berang itu lalu menarik baju isterinya dan menendang lelaki yang dipercayai sebagai kekasih isterinya.
Video berdurasi dua minit itu juga menunjukkan lelaki berkenaan menghubungi ibu mertuanya yang mengadu tentang kelakuan isterinya, selepas 'menangkap' pasangan itu di pasar tani, di tempat kerjanya.
Pada awal video menunjukkan, lelaki yang ditendang itu dilihat duduk mencangkung di tepi jalan dan kelihatan tompokkan darah di lantai berhampirannya yang dipercayai cedera selepas ditendang.
Lelaki yang berang itu sekali lagi meluru ke arah mangsa dan menendangnya sekali lagi tepat di bahagian muka menyebabkan si isteri menjerit dan cuba menghalang tindakan suaminya.
Berang melihat wanita itu cuba melindungi mangsa, si suami menarik baju isterinya sehingga mendedahkan bahagian belakang badannya. Wanita itu cuba melepaskan dirinya namun tidak berjaya.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu cuba menasihati si suami agar bertenang. Namun tidak diendahkan.
"Aku tak pernah pukul kau macam ini!" kata si suami yang kemudian menghubungi ibu mertuanya menggunakan telefon bimbitnya.
"Dia beritahu saya yang dia pergi kerja tetapi dia bersama dengan lelaki lain. Dia beritahu saya yang dia keluar awal pergi sarapan pagi, malah saya turut menasihatkannya agar minum lebih banyak air ketika sarapan pagi.
"Ibu patut tanya apa yang dia buat dengan lelaki ini di tempat kerja saya. Setiap hari saya tunjukkan kasih sayang dan berikan apa yang dia mahukan. Kenapa dia buat saya begini?" katanya kepada ibu mertuanya.
Si suami meminta isterinya bercakap dengan ibunya namun oleh kerana malu, si isteri enggan berbuat demikian. Si suami kemudian mengadu pada ibu mertua yang isterinya cuba bercakap dengan kekasihnya dan tindakan si isteri menyebabkan lelaki itu berang dan mula menjerit terhadap mereka.
Rakaman video terhenti apabila lelaki itu menyedari kejadian itu dirakam oleh orang awam.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : kekitamedianetwork
No comments
Thanks For Comment !!! :)